Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak hos persidanga­n kesihatan spinal, pemulihan dalam pantang ASEAN 2018 pada 10-11 Nov depan

-

KUCHING: Sarawak akan menjadi hos bagi Persidanga­n Kesihatan Spinal Sedunia Ke6 dan Persidanga­n Pemulihan Dalam Pantang Pertama ASEAN 2018 pada 10 dan 11 November depan.

Anjuran Persatuan Terapi Manipulasi Spinal Malaysia, persidanga­n akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) dengan sokongan penuh kerajaan Sarawak dan Biro Konvensyen Sarawak (SCB).

Presiden Persekutua­n Persatuan Tabib Perubatan Tradisiona­l Cina dan Akupunktur Malaysia Dr Ng Po Kok berkata, ini merupakan kali pertama Persidanga­n Kesihatan Spinal Sedunia ini diadakan di Malaysia.

Manakala bagi Persidanga­n Pemulihan Dalam Pantang pula, ia dianjurkan buat pertama kali sempena Persidanga­n Kesihatan Spinal Sedunia dengan Malaysia dan Sarawak dipilih sebagai hos pertama.

“Setakat ini sekitar 500 peserta terdiri daripada pakarpakar spinal dan pengamalpe­ngamal perubatan tradisiona­l dari lebih 10 negara telah mendaftar untuk menyertai persidanga­n ini.

“A n t a r a n y a , p a k a r perubatan Cina dari China Prof Wei Guikang, Prof Shen Tong dari LongJiKang, Guangzhou, Prof Yuan Jian Qiang dari Guangzhou Yizhitong dan Zhang Fuyuan dari Taiwan dan ramai lagi.

“Manakala dari Malaysia, antara pakar-pakar yang akan hadir adalah Dr Ng Po Min, Dr Yeo Seck Ben dan Mahaguru Dato Dr Chris Leong dari Tit Tar Orthodonti­c,” katanya pada sidang media di BCCK di sini semalam.

Sempena persidanga­n itu, penganjur turut membuka pameran perubatan tradisiona­l Cina (TCM) dan rawatan percuma TCM untuk orang ramai dan peserta persidanga­n.

Pameran akan dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang, manakala rawatan percuma TCM dibuka bermula jam 2 petang hingga 5 petang.

Lebih 100 ahli terapi dan pengamal perubatan TCM dari Taiwan dan Malaysia akan memberikan khidmat rawatan TCM secara percuma kepada orang ramai pada hari tersebut.

Pada malam 11 November pula akan diadakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ketiga Persatuan Terapi Manipulasi Spinal Malaysia dan Penyampaia­n Anugerah Golden Spinal Kedua di Hotel Pullman.

Mereka yang berminat untuk menyertai persidanga­n ini boleh hubungi pengerusi penganjur Tommy Kiew menerusi talian 016-7703213 atau layari laman web rasmi www.msha.org.my.

Turut hadir pada sidang media semalam ialah Timbalan Pengerusi Persatuan Terapi Manipulasi Spinal Malaysia Dr Hsieh Yueh Hsun, Dr Ng Po Min dari Pusat Akupunktur dan Orthopedic Po Min dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Kanan SCB Tan Yee.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Dr Ng (tiga kiri) memperkena­lkan laman web rasmi Persidanga­n Kesihatan Spinal Sedunia Ke-6 dan Persidanga­n Pemulihan Dalam Pantang Pertama ASEAN 2018. Turut kelihatan, Dr Ng Po Min (dua kanan), Tommy Kiew (tiga kanan), Tan (empat kanan) dan Dr Hsieh (dua kiri).
SERTAI KAMI: Dr Ng (tiga kiri) memperkena­lkan laman web rasmi Persidanga­n Kesihatan Spinal Sedunia Ke-6 dan Persidanga­n Pemulihan Dalam Pantang Pertama ASEAN 2018. Turut kelihatan, Dr Ng Po Min (dua kanan), Tommy Kiew (tiga kanan), Tan (empat kanan) dan Dr Hsieh (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia