Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Intelek 2018 dan Syarahan Perdana usaha perkasa bahasa Melayu

-

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak mengadakan Karnival Intelek 2018 dan Syarahan Perdana sebagai tanggungja­wab pihaknya dalam usaha memperkemb­ang dan memperkasa­kan dunia bahasa Melayu.

Demikian ujar Pemangku Pengarah DBP Cawangan Sarawak Haliza Jamaluddin yang menegaskan ia selaras dengan Perkara 1 dan 2 Perlembaga­an Malaysia.

“Karnival Intelek menjadi asas memulakan harapan baharu setelah menilai perubahan semasa khususnya pola keilmuan dalam kalangan masyarakat. Ia ditambah lagi dengan suasana yang semakin pantas yang memerlukan maklumat hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Karnival Intelek 2018 dan Syarahan Perdana di Balai Budaya DBP di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Pengarah Penyelidik­an dan Penerbitan serta Profesor Pengajian Dunia Melayu, Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC) Profesor Datuk Dr Awang Sariyan.

Haliza berkata, DBP sebagai sebuah agensi yang bertanggun­gjawab mengembang­kan bahasa Melayu melihat saranan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai satu cabaran yang perlu disambut dengan tindakan.

Justeru, menyedari hakikat tersebut DBP Cawangan Sarawak mengadakan Karnival Intelek mencuba untuk mengetenga­hkan beberapa kegiatan yang mampu menyahut gagasan kementeria­n pendidikan.

Antaranya, Pertanding­an Bacakon bagi Tadika, Taska dan Tabika, Pertanding­an Pintar Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Sidang Meja Bulat DBP serta wakil Pengedar, dan Taklimat Literasi Maklumat.

Turut dijalankan pameran dan jualan produk-produk DBP diberi diskaun sehingga 80 peratus, harga majalah serendah RM1 senaskah bermula semalam sehingga 11 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia