Utusan Borneo (Sarawak)

DAP sasar bertanding di 29 kerusi pada PRN12

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) meletakkan sasaran untuk bertanding di 29 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang termasuk empat kerusi iaitu Senadin, Piasau, Pujut dan Bukit Kota di utara negeri ini.

Setiausaha DAP Negeri yang juga Setiausaha Pakatan Harapan ( PH) Sarawak Senator Alan Ling berkata, DAP yang kini merupakan parti pelbagai kaum sejak ditubuhkan 40 tahun lalu akan berjuang untuk semua kaum di negeri ini dengan adil dan saksama.

Sehubungan itu katanya, DAP kini dalam usaha melebarkan sayapnya ke beberapa kerusi lain untuk dipertaruh­kan pada PRN12 kelak.

“Justeru, anda semua perlu bersedia untuk menghadapi PRN12 ini kelak untuk merampas kerusi yang pernah dimenangi ( sebelum ini) dan memenangi kerusikeru­si yang dipertandi­ngkan bagi mengambil alih kuasa ( daripada kerajaan negeri ketika ini).

“Oleh yang demikian, anda semua adalah jentera yang amat penting kepada PH untuk menawan kerusi-kerusi di kawasan luar bandar kelak, jika kita mahu mengambil ahli kuasa di peringkat negeri,” ujarnya.

A l a n m e m b e r i t a h u demikian semasa merasmikan mesyuarat agung pertama DAP Cawangan Ulu Niah di Pekan Batu Niah, dekat sini kelmarin.

Beliau pada masa sama mengingatk­an ahli-ahi parti itu untuk menggunaka­n platform yang betul membantu masyarakat setempat serta menganjurk­an lebih banyak aktiviti bagi menyebar dan mendedahka­n mengenai polisi-polisi kerajaan pusat yang membangun dan memajukan rakyat.

Beliau turut menegaskan penting bagi ahli DAP untuk menegakkan disiplin dan rendah hati semasa berkhidmat kepada rakyat, memandangk­an DAP adalah parti yang ditubuhkan oleh rakyat dan berjuang untuk rakyat.

Dalam ucapannya, Alan juga mengingatk­an ahli parti di peringkat akar umbi agar sentiasa memperbaik­i diri dan meningkatk­an pengetahua­n serta membawa imej yang baik untuk parti sepanjang mereka melayani dan memberikan khidmat kepada masyarakat.

“Saya mengalu- alukan rakan-rakan di sini untuk terus bertahan dan teguh dengan perjuangan DAP, walaupun kita belum ditubuhkan secara rasmi tetapi kita masih boleh bekerja untuk membantu parti dalam usahanya menawan hati rakyat khususnya pengundi luar bandar,” tambahnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan PH amat komited dalam pembaharua­n institusi untuk menghapusk­an isu-isu rasuah dan cawangan Ulu Niah yang kebanyakan­nya terdiri daripada ahli Dayak adalah bukti penerimaan DAP oleh masyarakat Dayak di negeri ini.

Ling yang juga Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia mendedahka­n, cawangan DAP yang akan dihidupkan semula adalah di Limbang yang agak kurang aktif sebelum ini dan cawangan yang baharu ditubuhkan iaitu di Lawas.

 ??  ?? AMANAT: Alan (berdiri) bercakap kepada ahli-ahli parti semasa pertemuan tersebut, semalam.
AMANAT: Alan (berdiri) bercakap kepada ahli-ahli parti semasa pertemuan tersebut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia