Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan keunikan muzik itu tidak pupus khususnya di kalangan generasi muda

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Penganjura­n festival sape wajar diperluas bagi memastikan keunikan muzik itu tidak pupus khususnya di kalangan generasi muda kaum Kayan dan Kenyah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, usaha tersebut turut menggalakk­an generasi muda Orang Ulu untuk mengasah bakat dalam bermain alat muzik sape.

“Kita tidak mahu generasi muda Orang Ulu terutama yang tinggal di bandar lupa dengan muzik tradisiona­l seperti sape.

“Justeru saya amat menyokong penganjura­n festival sape untuk mengasah bakat serta mencari bakat baharu,” kata Dennis.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan daripada jawatankua­sa penganjur Festival Sape 2018, Miri Sape Movement dan Ethnic Corridor di sini kelmarin.

Semasa kunjungan itu, ahli Miri Sape Movement menyampaik­an surat jemputan kepada Dennis untuk menghadiri festival yang bakal diadakan pada 20 Oktober mulai jam 9 pagi hingga 10 malam di Coco Cabana Miri.

Mengenai festival kali ini, Dennis berkata, ia merupakan festival kedua berikutan kejayaan penganjura­n pertama tahun lepas.

Antara objektif utama festival ialah mempromosi minat dan memelihara muzik sape khususnya dalam kalangan generasi muda Orang Ulu.

Padamasaya­ngsama, festival turut berkongsi keunikan budaya melalui muzik dan hiburan, selain menyediaka­n landasan kepada generasi muda untuk mengasah bakat bermain alat muzik ini.

Festival yang menampilka­n lebih 50 pemain sape dari seluruh Sarawak termasuk dua pemain sape terkemuka dunia Matthew dan Jerry Kamit ini dijangka menarik kira-kira 2,000 pengunjung.

Turut diadakan galeri ikon sape, kelas sape, demonstras­i membuat sape dan evolusi sape.

Dennis Ngau ADUN Telang Usan

Kemuncak utama festival ialah ‘ Sunset Sape Fest Concert’ bermula jam 6 petang. MIRI: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri akan menganjurk­an pertanding­an karaoke khusus untuk warga emas sahaja yang dinamakan ‘Miri Seniors Dot Talent’.

Pertanding­an seumpama itu yang julung kali dianjurkan dijangka berlangsun­g selama dua hari di bangunan PAWE di Krokop, di sini pada 20 dan 21 Oktober bermula dari jam 7 malam.

Pengerusi PAWE Miri Pemanca Wilson Siang Lim berkata, selain pertanding­an karaoke sebagai acara utama, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti pertanding­an menari ( berkumpula­n), peragaan (berpasanga­n), pertanding­an bermukun serta memasak (kuih tradisiona­l).

Manakala pada sebelah pagi 20 Oktober, pula diadakan acara larian untuk kesihatan dan sukaneka.

“P e r t a n d i n g a n i n i dianjurkan dalam usaha kami merapatkan hubungan baik di kalangan warga emas di sini dan pada masa yang sama, memastikan semua ahli sentiasa aktif, gembira dan kekal sihat sepanjang masa,” katanya.

Mengenai acara karaoke tersebut, Wilson berkata, pertanding­an itu dibuka kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas dan dibahagika­n kepada dua kategori, lelaki dan wanita.

Pertanding­an menari dibuka kepada kumpulan, manakala peragaan adalah pertanding­an secara berpasanga­n dan dibuka kepada semua.

“Bagi pertanding­an bermukun pula, acara akan bermula dari jam 7.30 hingga 10 malam, manakala pada sebelah paginya, kami mengadakan larian untuk kesihatan.

“Melalui acara ini PAWE dan JKM Miri berharap dapat menarik penyertaan ramai pihak khususnya golongan warga emas, di samping orang ramai yang dapat hadir, memberi sokongan kepada acara ini,” tambah Wilson lagi.

Beliau memberitah­u penyertaan untuk semua acara ini adalah percuma dan orang ramai adalah dialualuka­n untuk mengambil bahagian berdasarka­n syarat kelayakan.

Tambahnya, banyak hadiah menarik menanti pemenang bertuah dan mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang- borang penyertaan dari pejabat JKM Miri atau menghubung­i Dayang Azeeyani di talian 085-419072.

 ??  ?? MOHON HADIR: Gary Sudom dari Miri Sape Movement (kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Dennis (empat kiri).
MOHON HADIR: Gary Sudom dari Miri Sape Movement (kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Dennis (empat kiri).
 ??  ?? BANTERAS RASUAH: Zakaria (tengah) bersama rombongan melawat SPRM Sarawak serta pelantikan Mohd Faizal (tiga kiri) sebagai Pengerusi YARM Sarawak.
BANTERAS RASUAH: Zakaria (tengah) bersama rombongan melawat SPRM Sarawak serta pelantikan Mohd Faizal (tiga kiri) sebagai Pengerusi YARM Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia