Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan rakyat, pembanguna­n berterusan agenda utama kerajaan

-

SARIKEI: Keperluan rakyat dan pembanguna­n berterusan akan terus menjadi agenda utama untuk dipergiat dari semasa ke semasa, kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii.

Beliau sedar selama ini masyarakat khususnya di kawasan luar bandar masih jauh ketinggala­n jika dibandingk­an dengan masyarakat di kawasan bandar, terutama berkaitan kemudahan infrastruk­tur merangkumi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan keperluan asas lain.

“Justeru itu, pihak kita telah memberikan lebih penekanan terhadap pembanguna­n berkaitan perkara-perkara ini.

“Kita berusaha menambah baik dan membaik pulih kemudahan yang ada agar segala keperluaan dan permintaan masyarakat dapat dipenuhi.

“Sehubungan itu, kita turut memohon kepada masyarakat agar memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak kita dalam usaha merealisas­ikan visi ini,” katanya kepada media sebaik selesai mengadakan tinjauan kerja ke beberapa lokasi pembinaan melibatkan peruntukan yang disalurkan kerajaan negeri di sini, semalam.

Menurut Huang, fokus peruntukan pada tahun ini lebih kepada membaik pulih dan meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur di sekolah, rumah panjang dan kampung.

“Dalam masa yang sama, kita turut menyalurka­n peruntukan besar kepada hospital di kawasan ini terutamany­a dalam mendapatka­n kemudahan perubatan untuk dimanfaatk­an kepada masyarakat.

“Kini kita sedang berusaha untuk memastikan masyarakat di DUN Repok dapat menikmati pembanguna­n dan kemajuan berterusan.

“Usaha ini amat penting agar masyarakat di kawasan ini tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n yang dinantikan selama ini,” katanya lagi.

Turut hadir pada tinjauan kerja tersebut ialah Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Wong Zee Ying, wakil Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei dan ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? PANTAU: Huang bersama rombongann­ya mengadakan tinjauan kerja ke beberapa tapak projek pembinaan yang memanfaatk­an peruntukan kerajaan negeri.
PANTAU: Huang bersama rombongann­ya mengadakan tinjauan kerja ke beberapa tapak projek pembinaan yang memanfaatk­an peruntukan kerajaan negeri.
 ??  ?? MARI JAYAKAN: SJK (C) Thian Hua, Sibu Jaya akan mengadakan jualan amal pada 27 Oktober ini.
MARI JAYAKAN: SJK (C) Thian Hua, Sibu Jaya akan mengadakan jualan amal pada 27 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia