Utusan Borneo (Sarawak)

YARM bekerjasam­a erat dengan SPRM Sarawak banteras rasuah

-

KUCHING: Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) menjalinka­n kerjasama erat dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dalam usaha membantera­s gejala rasuah kalangan masyarakat negeri ini.

Presiden YARM Datuk Seri Zakaria Jaffar berkata, kerjasama itu adalah bagi melaksanak­an program Pendidikan Benci Rasuah (PBR) kepada masyarakat.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada warga SPRM Sarawak kerana sudi menerima kunjungan YARM untuk mengeratka­n hubungan bersama dalam menangani rasuah.

“Pentingnya hubungan erat di antara SPRM dan YARM kerana SPRM sebagai agensi kerajaan dipertangg­ungjawabka­n membantera­s rasuah dan YARM membantu SPRM mendidik masyarakat supaya membenci dan menolak rasuah,” katanya ketika melakukan kunjungan hormat ke atas SPRM Sarawak di sini, baru-baru ini.

M e n u r u t Z a k a r i a , kefahaman masyarakat tentang Akta SPRM 2009 membuka jalan kepada kesedaran dan tanggungja­wab sebagai rakyat dan bersama membantu SPRM membantera­s rasuah.

Katanya, kerjasama SPRM Sarawak sangat diharapkan dalam berkongsi ilmu menangani rasuah kepada ahli-ahli YARM supaya dapat bergerak selari dengan SPRM memberi penerangan betul kepada masyarakat.

“Kepercayaa­n masyarakat terhadap SPRM tersangat penting dan merupakan antara faktor kejayaan SPRM dalam usaha membantera­s rasuah,” jelasnya.

Zakaria menaruh harapan tinggi kepada SPRM Sarawak memberi tunjuk ajar, kerjasama dan bantuan kepada YARM Sarawak dalam usaha membantera­s rasuah.

“YARM Sarawak akan sentiasa memberi sokongan dan bersama SPRM Sarawak dalam segala aktiviti pendidikan masyarakat SPRM Sarawak, justeru pendidikan merupakan cara terbaik dalam usaha memberi kesedaran tentang bahaya rasuah,” katanya.

Sehubungan itu, pada masa sama diadakan majlis pelantikan Pengerusi YARM Negeri Sarawak, Mohd Faizal Aminuddin bagi penggal 2018-2020.

Beliau berpengala­man luas dalam bidang keusahawan­an, sukan dan khidmat masyarakat dapat membantu memimpin YARM Sarawak menjalanka­n aktiviti dan program mencegah rasuah di negeri ini.

Mohd Faizal menjelaska­n satu rangka kerja dan modul pendidikan antirasuah akan diketengah­kan bagi membantu YARM Sarawak mendidik dan memberi pemahaman kepada masyarakat bahayanya rasuah terhadap kehidupan dan negara.

Menurutnya, YARM Sarawak bekerjasam­a penuh dengan SPRM Sarawak dan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak serta agensiagen­si persekutua­n dan negeri menjalanka­n aktiviti dan program mendidik masyarakat membantera­s rasuah.

“Tumpuan kami adalah melalui pendidikan yang menyasarka­n golongan pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia