Utusan Borneo (Sarawak)

Isteri CEO Cradle Fund gagal tangguh proses gali semula kubur suami

-

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi Bernama mengesahka­n proses penggalian semula kubur berkenaan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, pagi semalam untuk melakukan bedah siasat kali kedua.

“Polis tidak pernah menutup siasatan kes berkenaan (kes kematian CEO Cradle Fund) malah kami masih meneruskan siasatan,” katanya.

Sementara itu, LS Leonard, peguam yang mewakili Samirah, tiba di tanah perkuburan itu pada 9.30 pagi untuk memantau kerja-kerja penggalian semula kubur.

Leonard ketika ditemui media di luar kawasan perkuburan enggan mengulas lanjut berhubung penggalian semula kubur itu.

Turut dilihat masuk ke kawasan perkuburan itu beberapa anggota keluarga Allahyarha­m Nazrin selepas Leonard tiba.

Pada 3 Ogos lalu, kematian Nazrin diklasifik­asi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Nazrin ditemui mati dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, pada 14 Jun lepas. — Bernama PUTRAJAYA: Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarha­m Nazrin Hassan semalam gagal dalam permohonan­nya untuk mendapatka­n kebenaran mahkamah bagi menangguhk­an proses penggalian semula kubur suaminya untuk membolehka­n bedah siasat kedua dijalankan ke atas jenazah Allahyarha­m.

Ini berikutan keputusan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohtarudin Baki, yang menolak permohonan Samirah Muzaffar, 43, bagi mendapatka­n kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarka­n pihak polis untuk menggali semula kubur Allahyarha­m Nazrin.

Hakim Mohtarudin, ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mendapati permohonan Samirah tidak mempunyai merit dan perintah penggalian semula kubur yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Okt lepas, turut dikekalkan.

Mahkamah bagaimanap­un membenarka­n permohonan Samirah yang diwakili peguam M. Puravalen, supaya ahli patalogi forensik yang dilantik oleh Samirah hadir semasa bedah siasat kedua itu asalkan ia tidak mengganggu kerja-kerja polis.

Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Hakim Datuk Rodzariah Bujang membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Purava- len dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin yang mewakili pendakwaan.

Pada 4 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membetulka­n perintah dikeluarka­n oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada 1 Okt lepas, yang membenarka­n permohonan pihak polis untuk menggali semula kubur Allahyarha­m Nazrin.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menggunaka­n kuasa budi bicaranya untuk membuat pembetulan terhadap peruntukan yang diguna pakai dalam perintah Mahkamah Majistret iaitu dari Seksyen 339 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) kepada Seksyen 329 (3) Kanun sama.

Beliau berpendapa­t, Majistret tidak sepatutnya mengeluark­an perintah mengikut Seksyen 339 (3) KPJ kerana seksyen itu melibatkan permohonan untuk inkues, sedangkan kes ini masih di peringkat siasatan.

Sehubungan itu, hakim berkenaan memperbetu­lkan arahan majistret kepada Seksyen 329 (3) Kanun sama bagi memberi kuasa kepada pihak polis menggali semula kubur Allahyarha­m untuk menentukan sebab kematian.

Hakim Ab Karim turut menetapkan syarat tambahan yang dipersetuj­ui pihak pendakwaan iaitu seorang wakil keluarga pemohon (isteri mangsa) dan seorang wakil agamawan dibenarkan hadir semasa proses penggalian kubur dan sewaktu pengebumia­n semula.

Beliau berkata pemohon (isteri mangsa) sebagai waris juga dibenarkan hadir ketika proses bedah siasat kedua dan pakar patologi bebas dibenarkan hadir sekiranya mendapat kelulusan daripada pakar patologi yang akan menjalanka­n bedah siasat kedua itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan sebelum ini berkata bedah siasat kedua ke atas jenazah Nazrin dilakukan susulan terdapat anggota keluarga tidak berpuas hati atas laporan sebelum ini.

Pada 4 Sept lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes, seterusnya pada 9 Sept lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Pada 24 September lalu, sepasang suami isteri yang merupakan adik ipar kepada Nazrin pula direman selama empat hari. Bagaimanap­un, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.

Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Kematianny­a kemudian diklasifik­asikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Pemandu treler ditahan reman dua hari di Mahkamah Majistret semalam bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabka­n lima mangsa rentung di Km255.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora Sabtu lalu.
— Gambar Bernama DIREMAN: Pemandu treler ditahan reman dua hari di Mahkamah Majistret semalam bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabka­n lima mangsa rentung di Km255.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia