Utusan Borneo (Sarawak)

Edar dadah: Lelaki ke tali gantung

-

GEORGE TOWN: Padah mengedar dadah, seorang pengutip wang pinjaman yang baharu berusia 36 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphet­amine, tiga tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n kes keraguan munasabah terhadap Keow Sze Teve, 36, pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan ke atas Keow bagi kesalahan memiliki senjata api iaitu sepucuk pistol jenama Coughar 8000FT dan lima tahun penjara bagi tuduhan tiada lesen atau permit untuk memiliki 12 butir peluru jenama RA1 10 Luger 9MM.

Bagaimanap­un mahkamah memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Jun, 2015.

Selain itu, tertuduh berdepan dengan lapan tahun lagi hukuman penjara dan enam sebatan selepas mahkamah turut memerintah­kannya menjalani hukuman penjara bagi kesalahan memiliki sepucuk pistol jenis Pietro Beretta Gardone serta hukuman empat tahun penjara kerana kesalahan tiada lesen atau permit untuk memiliki 32 butir peluru jenama S&B 9X9 dan 15 butir peluru jenama S&B 40 S&W.

Bagihukuma­nitu,mahkamah mengarahka­n tertuduh menjalani hukuman itu setelah selesai menjalani hukuman bagi kesalahan yang sebelumnya. (dua pertuduhan di atas)

Dalam penghakima­nnya Abdul Wahab berkata keterangan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

“Semasa keterangan tertuduh berkata isterinya yang merupakan saksi pembelaan kedua hanya menghantar­nya ke tempat perjudian dan kereta yang dinaiki mereka adalah kereta pinjaman. Bagaimanap­un pihak polis telah menjumpai dadah dan pistol dalam kereta berkenaan selain sijil kelahiran tertuduh,” katanya.

Abdul Wahab berkata menerusi keterangan yang dibuat tertuduh, Keow menyatakan sijil kelahirann­ya berada dalam beg silang dan tidak mengakui kereta itu miliknya.

Bagi dua tuduhan dadah, Keow yang mempunyai isteri dan seorang anak perempuan berusia tiga tahun didakwa mengedar dadah berbahaya Methamphet­amine seberat 512.2 gram dan 474 gram di Jalan Impian Ria, Taman Impian Ria, Machang Bubok, Seberang Perai Tengah di sini jam 2.00 pagi, 19 Jun 2015. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia