Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan harga melalui pakej baharu itu selaras niat kerajaan PH

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mahu syarikat telekomuni­kasi memastikan pakej jalur lebar baharu yang ditawarkan benar-benar dapat dinikmati pelanggan.

Gobind berkata, beliau telah meneliti pakej-pakej baharu yang dinyatakan dalam kenyataan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kelmarin dan mendapati ia tidak menurunkan harga perkhidmat­an kepada pelanggan sedia ada.

“Ini bermaksud bahawa mereka tidak dapat menikmati manfaat daripada pakej-pakej baharu ini dengan serta-merta.

“Saya juga dapati tiada cadangan dibawa untuk mengatasi masalah pengguna perkhidmat­an Streamyx, yang pada saya, perlu ditan- gani dengan kadar segera,” katanya dalam catatan di laman Facebook semalam.

Sehubungan itu, Gobind berkata beliau akan bertemu dengan wakil-wakil syarikat telekomuni­kasi untuk membincang­kan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan SKMM kelmarin, pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah dengan penguranga­n sehingga 56 peratus, menerusi pakej-pakej baharu yang diumumkan empat syarikat telekomuni­kasi iaitu Telekom Malaysia, Maxis, TIME dotcom dan Celcom.

Menurut Gobind, penurunan harga melalui pakej-pakej baharu itu adalah selaras dengan niat kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangk­an harga dan meningkatk­an kelajuan jalur lebar di negara ini.

Beliau turut meminta SKMM memantau pelaksanaa­n pakej-pakej baharu itu, dan menguruska­n semua aduan yang diterima mengenainy­a.

“...dan ambil tindakan tegas di mana perlu untuk pastikan bahawa perkhidmat­an yang diberikan itu adalah selaras dengan apa yang dijanjikan,” katanya.

Gobind turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan cadangan melalui pelbagai platform berhubung perkhidmat­an jalur lebar Malaysia.

“Saya akan teruskan lagi dengan usaha- usaha untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an internet di negara kita untuk memastikan negara kita bersedia untuk era digital baharu yang kini dilihat di seluruh dunia yang dikenali sebagai Industri 4.0,” katanya. — Bernama

Saya juga dapati tiada cadangan dibawa untuk mengatasi masalah pengguna perkhidmat­an Streamyx, yang pada saya, perlu ditangani dengan kadar segera. ” Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia

KUALA TERENGGANU: Siapa sangka gabungan idea dan usaha guru dan pelajar sebuah sekolah di sini mampu menghasilk­an produk kesihatan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit kulit hingga diiktiraf oleh lima buah negara termasuk Rusia dan Hong Kong.

Produk itu, Alla Bar dan Cassia Bar, diilhamkan oleh dua guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu sejak dua tahun lalu.

Guru pembimbing pasukan itu Rozila Sulong, 44, berkata Taiwan, China dan Indonesia juga senada dalam mengiktira­f produk itu malah ada pihak daripada lima negara tersebut menyatakan kesediaan untuk membantu memasarkan­nya.

Katanya, idea memasarkan secara meluas muncul selepas produk itu memenangi pingat emas pertanding­an inovasi ‘The 5th Internatio­nal Young Inventors Award (IYIA)’ di Indonesia pada 22 September lepas.

“Pada pertanding­an itu kami membawa produk yang sama dengan memberi penerangan bahawa dengan hasil formula yang baik produk ini dapat membantu orang ramai yang mengalami masalah kulit seperti kudis, kegatalan dan panau.

“Sebelum ke Bali, kami juga memperoleh pingat emas pada pertanding­an The Internatio­nal Engineerin­g Invention and Inovation Exhibition 2018 (i-Envex) di Universiti Malaysia Perlis ( UniMap) pada April lalu hingga layak menyertai IYIA,” katanya ketika ditemu bual Bernama.

Dalam pasukan itu, Rozila disertai seorang lagi guru Herdawati Muda, 41, dan lima pelajar tingkatan empat, dua lelaki dan tiga perempuan, iaitu Muhamad Khairul Naim Rosland, Hammad Harith Syahmi Mohd Shafiei, dan Hasbe Zuliyana Hasbe Zuzaini, Su Shazrina Samsudin dan Hanaa’ Daud.

Ketika di Bali, pasukan yang turut mendapat tunjuk ajar daripada pihak Universiti Malaysia Terengganu itu berjaya mengalahka­n peserta lain dari 13 negara lain termasuk Poland, Vietnam, Turki dan Jepun.

Produk Alla Bar merupakan sejenis sabun yang diperbuat daripada tumbuhan berasaskan pelbagai herba, daun pegaga dan pandan, manakala Cassia Bar mempunyai ramuan yang hampir sama namun mempunyai campuran daun gelenggang.

“Daun pegaga mampu menyembuh luka dengan cepat manakala pandan berupaya menghasilk­an bau yang wangi dan menarik.

“Daun gelenggang pula didapati boleh merawat kurap, panau dan gatal-gatal,” katanya.

Beliau berkata, ilham untuk menghasilk­an produk itu timbul apabila melihat keadaan pelajar yang tinggal di asrama kerap berulang alik ke klinik kerana mengalami kegatalan kulit.

“Tidak lama lagi kami akan menghasilk­an produk dalam bentuk ‘balm’, supaya mudah digunakan dan sejenis ubat gegat juga akan dibuat bagi menghalau serangga seperti lipas dan semut,” katanya.

Pada 14 Oktober ini pasukan yang sama akan menyertai Young Entreprene­ur Strive For Success (YESS) di Kuala Lumpur bagi mewakili Terengganu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu, Mohd Imran Mohd No(dua kanan) melihat pingat emas ketika beramah mesra dengan lima pelajar yang diketuai Muhammad Khairul (lima kiri) selepas produk ciptaan pelajar itu iaitu ‘D’Panella Beauty and Health’ memenangi pingat emas dalam pertanding­an ‘The 5th Internatio­nal Young Inventors Award (IYIA)’ yang berlangsun­g di Bali, Indonesia pada 18 September lalu ketika ditemui di SMIYT Kuala Terengganu dekat Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Muhammad Harith (empat kiri), Hasbe Zuliyana, Hanaa’ dan Su Shazrina (kiri).
— Gambar Bernama TERBAIK: Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu, Mohd Imran Mohd No(dua kanan) melihat pingat emas ketika beramah mesra dengan lima pelajar yang diketuai Muhammad Khairul (lima kiri) selepas produk ciptaan pelajar itu iaitu ‘D’Panella Beauty and Health’ memenangi pingat emas dalam pertanding­an ‘The 5th Internatio­nal Young Inventors Award (IYIA)’ yang berlangsun­g di Bali, Indonesia pada 18 September lalu ketika ditemui di SMIYT Kuala Terengganu dekat Kuala Terengganu, semalam. Turut hadir, Muhammad Harith (empat kiri), Hasbe Zuliyana, Hanaa’ dan Su Shazrina (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? PILIHAN JURI: Su Shazrina menunjukka­n produk inovasi ciptaan pasukannya iaitu‘D’Panella Beauty and Health’memenangi pingat emas dalam pertadinga­n ‘The 5th Internatio­nal Young Inventors Award (IYIA)’.
— Gambar Bernama PILIHAN JURI: Su Shazrina menunjukka­n produk inovasi ciptaan pasukannya iaitu‘D’Panella Beauty and Health’memenangi pingat emas dalam pertadinga­n ‘The 5th Internatio­nal Young Inventors Award (IYIA)’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia