Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­n berlebihan alkohol berisiko, berbahaya kepada kesihatan

-

KUALA LUMPUR: Langkah-langkah proaktif perlu diambil untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai risiko dan bahaya penyalahgu­naan alkohol, kata para doktor hari ini.

Menurut Perunding Pakar Psikiatri, Pusat Pakar UM ( UMSC), Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari kempen kesedaran perlu dimulakan di sekolah dan ia boleh dimasukkan ke dalam program amalan gaya hidup sihat.

“Penyalahgu­naan alkohol dikaitkan dengan keganasan rumah tangga, bahaya ketika memandu atau mengendali mesin dan bahaya kepada janin wanita hamil,” katanya kepada Bernama dalam satu wawancara e-mel.

Beliau mengulas insiden keracunan alkohol terkini yang membunuh 36 orang di Malaysia, setakat 23 September.

Dr Muhammad berkata penilaian holistik terhadap mangsa diperlukan untuk menentukan sama ada mereka mempunyai apa-apa bentuk gangguan berkaitan alkohol seperti ketergantu­ngan alkohol, penyalahgu­naan alkohol, pola minum yang berbahaya dan juga peminum tegar minuman.

“Yang terbaik adalah berpantang daripada alkohol, tetapi jika ia diminum untuk sebab-sebab sosiobuday­a, ia mesti diambil dalam jumlah yang kecil.

“Lebih penting lagi, jangan minum arak murah kerana jumlah alkohol yang sebenar tidak diketahui,” katanya.

Beliau juga menekankan perlunya penguatkua­saan untuk memastikan minuman yang mengandung­i alkohol di pasaran mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Perunding Gastroente­rologi UMSC, Prof Dr Ida Normiha Hilmi berkata orang ramai perlu sedar bahawa penyalahgu­naan alkohol, seperti dadah, menimbulka­n risiko kesan buruk.

“Oleh itu, jika anda memilih untuk meminum alkohol, anda perlu mengambil berat tentang kuantitiny­a dan cuba menghindar­i minum minu- man keras secara berlebihan. Sindrom ketergantu­ngan kepada alkohol merupakan gangguan psikiatri di mana seseorang itu ketagihan alkohol,” katanya.

“Dikatakan bahawa tiga ‘minuman’ sehari, yang boleh terdiri daripada setengah liter bir, satu gelas wain atau satu ‘shot’ minuman spirit untuk lelaki, dan dua minuman sehari untuk wanita dianggap sebagai batas yang selamat,” kata Dr Ida.

Bagaimanap­un, beliau turut merujuk kajian barubaru ini yang menunjukka­n bahawa tidak ada perkara seperti batas yang selamat dan bahawa jumlah alkohol dikaitkan dengan banyak penyakit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia