Utusan Borneo (Sarawak)

IJN saran semua organisasi wujudkan pasukan CPR

-

KUALA LUMPUR: Setiap organisasi termasuk syarikat yang memiliki bilangan anggota yang ramai disaran mewujudkan pasukan Resusitasi Kardiopulm­onari (CPR) dalam memberi bantuan awal kecemasan.

Pengarah Fakulti CPR Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Azhari Rosman berkata, pasukan CPR penting kerana pelbagai faktor dan risiko menjurus kepada serangan jantung amnya dikesan di tempat kerja.

“Selalunya faktor tekanan persekitar­an tempat kerja, kualiti gaya hidup dan umur amat mempengaru­hi, dan kita menghabisk­an lebih banyak masa di tempat kerja. Justeru, amat penting kakitangan mempunyai kemahiran melakukan CPR dan menggunaka­n Automated External Defibrilla­tor (AED).

“Ini kerana faktor logistik boleh menyukarka­n bantuan daripada mereka yang pakar tiba tepat pada masanya terutama jika pejabat tersebut terletak di kawasan yang sesak atau jauh dari hospital,” katanya kepada media selepas Kursus Heartsaver CPRAED Bersama Media di IJN di sini semalam.

Seramai 13 pengamal media dari pelbagai penerbitan yang hadir diberi pendedahan dan demonstras­i mengenai teknik yang betul melakukan CPR dan penggunaan AED bagi orang dewasa dan bayi serta bantuan awal bagi mangsa tercekik.

Dr Azhari berkata, terdapat banyak hospital malah IJN sendiri sering mengadakan kursus kesedaran CPR-AED kepada masyarakat dan peluang ini boleh dimanfaatk­an sebaiknya oleh organisasi untuk menjalinka­n kerjasama bagi melatih kakitangan mereka.

“Kursus ini adalah sebahagian program tanggungja­wab sosial koporat (CSR) hospital dalam memupuk kesedaran mengenai CPR namun jumlah penglibata­n organisasi masih sedikit terutama syarikat yang mempunyai bilangan kakitangan yang ramai.

Menurut Dr Azhari, kematian akibat serangan jantung boleh dielak dengan mendapat bantuan awal jika lebih ramai yang tahu melakukan CPR dan penggunaan AED terutama apabila terdapatny­a rakan sekerja yang mempunyai sejarah kesihatan berkaitan jantung.

Dalam pada itu, beliau berkata, sudah masanya pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi menjadikan latihan dan kemahiran CPR sebagai satu kokurikulu­m wajib yang perlu diikuti pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.

“Sangat menyedihka­n kerana kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang tahu mengenai CPR sedangkan ia sesuatu yang amat mudah diajar dan dilakukan termasuk pelajar seawal Tahun Tiga.

“Untuk itu, cara yang paling mudah untuk meningkatk­an kesedaran mengenai pentingnya kemahiran CPR adalah memulakan dari peringkat akar umbi diteruskan secara konsisten di institusi pengajian dan di tempat kerja,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMAHAMAN: Jurulatih Resusitasi Jantung dan Paru-paru (CPR) Institut Jantung Negara (IJN), Nur Izyanti Mohd Suppian (kanan) memberi penerangan kepada pengamal media daripada pelbagai agensi ketika membuat latihan CPR dan Defibrilla­tor Luaran Automatik (AED) pada Kursus CPR dan AED di IJN, dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PEMAHAMAN: Jurulatih Resusitasi Jantung dan Paru-paru (CPR) Institut Jantung Negara (IJN), Nur Izyanti Mohd Suppian (kanan) memberi penerangan kepada pengamal media daripada pelbagai agensi ketika membuat latihan CPR dan Defibrilla­tor Luaran Automatik (AED) pada Kursus CPR dan AED di IJN, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia