Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 25,000 pesakit masih tunggu buah pinggang baharu

-

JOHOR BAHRU: Seramai 25,000 pesakit buah pinggang di seluruh negara masih menunggu untuk mendapatka­n buah pinggang baharu daripada penderma di negara ini, malah ada yang menunggu lebih lima tahun.

Ketua Penyelaras Perolehan Organ dan Tisu, Pusat Sumber Transplan Kebangsaan, Dr Omar Sulaiman berkata, jumlah itu adalah daripada yang direkod mendapatka­n rawatan dialisis setakat bulan Ogos tahun ini.

“Dalam setahun, kita dapati hanya 30 hingga 40 pesakit berjaya mendapat buah pinggang baharu yang sesuai dengan mereka ( tetapi), kita rekodkan 1,000 pesakit baharu buah pinggang setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Penderma Organ di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor ( Perubatan/ Hospital) Dr Izam Suleiman dan Koordina- tor Pusat Sumber Transplan Kebangsaan HSA Dr Faizal Zuhri Aziz.

Selain buah pinggang, 18 pesakit hati dan enam pesakit jantung kritikal turut menunggu giliran penderma organ yang sesuai dan jumlah berkenaan sedikit berikutan ramai daripada mereka meninggal dunia sebelum sempat menemui penderma organ sesuai.

Omar berkata masih tidak ramai yang tampil secara sukarela menderma organ memandangk­an persepsi masyarakat yang masih salah dan tidak tepat mengenai pendermaan organ.

“Tidak semestinya pengikrar organ yang berdaftar akan mendermaka­n organ mereka setelah berlaku kematian. Ini kerana pihak hospital perlu mendapatka­n kebenaran daripada waris dan melihat keadaan organ pengikrar sebelum membuat proses pendermaan organ,” tambah beliau.

Penderma organ yang hidup boleh mendermaka­n sebahagian hati dan satu buah pinggang manakala jantung dan paru-paru hanya boleh diperoleh daripada penderma organ selepas penderma meninggal dunia.

Sehingga Ogos tahun ini, kurang satu peratus daripada penduduk Malaysia atau 424,143 pengikrar penderma organ didaftarka­n di seluruh negara dan 71,693 daripadany­a dari Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia