Utusan Borneo (Sarawak)

Rampasan hasil pengintipa­n penguat kuasa sejak enam bulan lepas

-

PARIT BUNTAR: Sebanyak 791,970 metrik tan baja padi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) bernilai RM1.35 juta dirampas dalam satu serbuan di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kurau di sini, semalam.

Ketua Unit Integriti Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Nur Syahidah Chia Abdullah berkata rampasan itu dibuat hasil daripada pengintipa­n penguat kuasa yang berkaitan sejak enam bulan lepas dan ia serbuan kali ketiga tahun ini.

“Baja itu dikhaskan untuk kegunaan petani, tetapi diseleweng­kan. Kita juga akan menyiasat kemungkina­n ber- laku ketirisan di peringkat lain sehingga baja yang diberikan kepada petani diseleweng­kan,” katanya pada sidang akhbar.

Beliau berkata serbuan yang diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang semalam membabitka­n 30 anggota penguatkua­sa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta MOA.

Menurut Nur Syahidah Chia, siasatan pihaknya juga mendapati premis yang beroperasi sejak tujuh tahun itu tidak mempunyai lesen pemborong untuk menyimpan baja.

Sementara itu, jurucakap SPRM berkata, seorang lelaki yang juga pemilik premis berumur 49 tahun ditahan kerana cuba memberi rasuah RM30,000 kepada pegawai KPDNHEP untuk tidak diambil tindakan.

Katanya, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 17( b) Akta SPRM 2009 untuk siasatan dan akan direman di Mahkamah Ipoh, hari ini. — Bernama

Baja itu dikhaskan untuk kegunaan petani, tetapi diseleweng­kan. Kita juga akan menyiasat kemungkina­n berlaku ketirisan di peringkat lain sehingga baja yang diberikan kepada petani diseleweng­kan. Nur Syahidah Chia Abdullah Ketua Unit Integriti Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia