Utusan Borneo (Sarawak)

Permit syarikat lori terlibat kemalangan maut di Terowong Menora digantung

-

PUTRAJAYA: Permit 28 kenderaan syarikat Usaha Maju Trading Sdn Bhd digantung serta-merta selama dua minggu bagi membolehka­n siasatan dan audit dijalankan berkaitan kemalangan maut di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, Perak Sabtu lepas.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) akan mengeluark­an notis penggantun­gan kepada syarikat berkenaan, yang satu daripada kenderaann­ya terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Kedah telah diarahkan untuk memastikan semua 28 kenderaan berkenaan berada di depoh dalam tempoh tersebut.

“Lesen pengendali operasi syarikat itu boleh digantung sekiranya audit yang dilakukan SPAD selepas ini mendapati terdapat kesalahan lain yang membolehka­n tindakan itu diambil,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Dalam insiden kira- kira 11.45 pagi Sabtu itu, lima sekeluarga maut selepas kenderaan jenis Kia Forte yang mereka naiki dihimpit treler membawa muatan bijih besi sebelum terbakar.

Loke berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memberi mesej kepada syarikat pengendali pengangkut­an lain untuk mengambil serius bahawa mereka harus ber- sedia dikenakan tindakan jika mengambil mudah soal keselamata­n.

Dalam pada itu, beliau juga telah mengarahka­n Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk melakukan kajian berkaitan struktur jalan sepanjang jajaran tersebut termasuk mengkaji laluan alternatif bagi mengelak kenderaan perdaganga­n menggunaka­nnya.

Bagaimanap­un katanya, penggunaan jalan persekutua­n sebagai laluan alternatif memerlukan kajian terperinci termasuk berkaitan impak kepada kesesakan dan keselamata­n kerana melibatkan kawasan kampung dan bandar Ipoh.

Loke juga berkata anggota JPJ akan ditempatka­n di laluan sebelum dan selepas Terowong Menora dalam tempoh sekurang- kurangnya dua bulan bagi memas- tikan kenderaan perdaganga­n mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Penempatan anggota JPJ ini akan dinilai semula selepas tempoh tersebut dan kemungkina­n diteruskan jika matlamat mengurangk­an kemalangan dicapai,” katanya.

Berhubung insiden sebuah lori dipandu secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampira­n susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya semalam, Loke berkata, siasatan akan dilakukan ke atas syarikat pengangkut­an yang memiliki lori dengan muatan di bawah 7.5 tan itu.

Kejadian 9.15 pagi kelmarin itu melibatkan lelaki berusia 48 tahun memandu di lorong tengah dengan melawan arus, menjadi tular selepas rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat di muat naik di media sosial. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Loke, pada sidang media di Kementeria­n Pengangkut­an semalam berhubung kes kemalangan maut. Turut sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid.—
Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Loke, pada sidang media di Kementeria­n Pengangkut­an semalam berhubung kes kemalangan maut. Turut sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia