Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Mega 3.0: 26 wanita warga Vietnam, lima warga tempatan ditahan

-

IPOH: Dua puluh enam wanita warga Vietnam dan lima rakyat tempatan ditahan dalam Ops Mega 3.0 yang dilaksanak­an selama dua jam bermula 12 tengah malam kelmarin di empat lokasi sekitar Setiawan dan Manjung.

Pengarah Imigresen Perak Kamalludin Ismail berkata dalam operasi itu, 11 wanita warganegar­a Vietnam ditahan di sebuah pusat karaoke yang terletak dalam ladang kelapa sawit di Kampung Cina, Setiawan.

Turut ditahan adalah dua lelaki warga tempatan yang merupakan majikan di premis dua tingkat yang mempunyai 15 bilik karaoke, katanya.

“Dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 56( 1)( d) Akta Imigresen 1959/ 63 manakala kesemua wanita ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa di Malaysia, salah guna pas dan tiada dokumen,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Kamalludin berkata pihaknya yakin selain aktiviti karaoke, pusat itu turut menawarkan perkhidmat­an seks selepas menemukan kondom di premis itu.

Tambahnya, sebanyak dua lelaki serta seorang wanita warga tempatan dan 15 wanita warga Vietnam lagi ditahan di sebuah pub di Sitiawan serta dua spa masingmasi­ng di Sitiawan dan Manjung.

“Mereka juga ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 termasuk masuk ke negara ini tanpa dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh,” katanya.

Kamalludin berkata kesemua yang ditahan berumur antara 15 hingga 42 tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia