Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancong India terkorban dalam kejadian berbalas tembak

-

BANGKOK: Seorang pelancong India terbunuh sementara lima lagi cedera dalam kejadian berbalas tembak antara dua kumpulan tempatan di satu daerah popular tumpuan pelancong di sini, malam kelmarin.

Menurut seorang pegawai di Balai Polis Phayathai Lt Kol Kasem Pipitkul , insiden itu berlaku pada jam 8.30 malam waktu tempatan berhampira­n kawasan membeli belah Pratunam apabila sebutir peluru sesat daripada kejadian berbalas tembak itu terkena pelancong lelaki India itu dan membunuhny­a serta-merta.

“Seorang lagi pelancong lelaki India juga cedera parah dalam insiden ini, selain seorang warga Laos dan dua lelaki Thai. Mereka kini menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini semalam.

Kedua-dua pelancong India itu menurut beliau, adalah daripada kumpulan sama yang sedang bersiar-siar di kawasan itu selepas makan malam di sebuah restoran India berhampira­n, semasa mereka ter- perangkap di dalam kejadian tembak menembak itu.

Pihak polis masih meneruskan siasatan mereka terhadap insiden ini.

Sementara itu media tempatan yang memetik sumber polis menyatakan jumlah korban adalah dua orang, pelancong lelaki India itu dan seorang warga Laos.

Media tempatan yang memetik seorang saksi kejadian berkata, kejadian berbalas tembak itu berlaku apabila tiga pemuda membawa senapang, memulakan tembakan terhadap musuh mereka, berikutan pertikaian di sebuah pusat snuker berdekatan.

Ini menyebabka­n 20 pemuda, ada yang bersenjata­kan pistol, kayu dan pisau bergegas ke kawasan di mana kejadian berbalas tembak itu berlaku.

Seorang pegawai polis berkata, mereka masih belum dapat memastikan jenis senjata api yang digunakan oleh kedua- dua kumpulan itu tetapi penyiasat menjumpai kelongsong peluru yang digunakan untuk senapang AK-47 di tempat kejadian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia