Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Wan Azizah adakan lawatan sehari ke Indonesia hari ini

-

JAKARTA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mempunyai jadual yang padat sempena lawatan kerja seharinya ke Indonesia hari ini, yang juga lawatan pertamanya ke negara jiran itu sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 21 Mei lepas.

Ketika di Jakarta, Dr Wan Azizah akan bertemu pemimpin Indonesia termasuk Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan Menteri Pemberdaya­an Perempuan dan Perlindung­an Anak Indonesia, Yohana Susana Yembise, melawat Pusat Penyelaras­an ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaa­n berhubung Pengurusan Bencana (Pusat AHA) serta bertemu rakyat Malaysia yang kini berada di Indonesia.

Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shaharan berkata dalam pertemuan di Istana Naib Presiden hari ini, Dr Wan Azizah dan Jusuf dijangka membincang­kan mengenai dasar kerajaan Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintah­an negara serta bertukar-tukar pandangan mengenai situasi bencana di Sulawesi Ten- gah memandangk­an Jusuf telah melawat wilayah Palu minggu lepas.

“Timbalan Perdana Menteri akan mendapatka­n perkembang­an terkini bencana memandangk­an Malaysia sebagai negara jiran terdekat telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Indonesia,” katanya kepada media Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, di sini semalam.

Mengenai pertemuan bersama Yohana, Zamshari berkata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, akan bertukartu­kar fikiran mengenai isu semasa melibatkan wanita dan keluarga di kedua-dua negara.

Selepas itu, Dr Wan Azizah akan meluangkan masa memberi sokongan serta menaikkan semangan atlet Malaysia yang menyertai Sukan Para Asia di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno.

Zamshari berkata Dr Wan Azizah, yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Pusat, turut dijadual melawat Pusat AHA bagi melihat penyelaras­an penyaluran bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa tsunami dan gempa bumi di Sulawesi Tengah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia