Utusan Borneo (Sarawak)

Pemansuhan mengambil masa kerana ia memerlukan kelulusan parlimen

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menetapkan sebarang garis masa untuk memansuhka­n Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pemansuhan akta itu akan mengambil masa kerana ia memerlukan kelulusan parlimen.

“Kita tidak dapat menentukan dengan tepat garis masa tertentu kerana bimbang tidak dapat mematuhi garis masa yang telah ditetapkan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n buku bertajuk ‘Tun Ismail Ali - Paragon of Trust and Integrity’ di Sasana Kijang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bila akta berkenaan akan dimansuhka­n ekoran kritikan daripada beberapa pihak yang mendakwa akta itu telah beberapa kali digunakan oleh kerajaan baharu termasuk dalam kes terbaharu melibatkan Azman Noor Adam, adik kepada anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, yang ditahan di bawah akta itu.

Pemansuhan akta kontrovers­i itu adalah satu daripada manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan.

Dr Mahathir berkata akta itu tidak akan dimansuhka­n buat masa ini dan akan terus digunakan.

“Saya tidak ambil kisah pun tentang perkara ini. Jika ada sesiapa hendak menggelar saya dengan apa nama sekalipun, silakan,” katanya.

Katanya terdapat beberapa undang- undang yang akan dimansuhka­n manakala beberapa yang lain akan dipinda.

“Jadi, ia akan mengambil masa kerana Peguam Negara akan meneliti kesemua undang-undang baharu itu.

“Dan sebahagian daripada undang- undang tersebut akan melibatkan perlembaga­an, dan jika ia melibatkan perlembaga­an, kita memerlukan kelulusan majoriti dua pertiga di parlimen dan kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga itu,” kata beliau.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata beliau akan memutuskan perkara apa yang akan dibincangk­annya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya pada hari berlangsun­gnya perbincang­an itu nanti, sekiranya beliau bersetuju untuk menerima jemputan menghadiri satu forum bersama pemimpin PAS itu, suatu hari nanti.

“Saya akan membuat keputusan apabila saya berada dalam majlis itu nanti, setakat ini saya belum membuat apaapa keputusan lagi,” kata beliau.

Perdana Menteri kelmarin menolak jemputan Abdul Hadi untuk menghadiri satu forum bersama Presiden PAS itu ketika lawatan Perdana Menteri itu ke Port Dickson semalam untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir tidak menolak kemungkina­n akan hadir forum seumpama itu pada masa lain.

Mengenai cadangan pemimpin DAP Lim Kit Siang agar kerajaan membuka semula beberapa kes pembunuhan berprofil tinggi di negara ini, Mahathir berkata beliau perlu meneliti terlebih dahulu apakah kes-kes itu. — Bernama

Kita tidak dapat menentukan dengan tepat garis masa tertentu kerana bimbang tidak dapat mematuhi garis masa yang itu. ” telah ditetapkan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia