Utusan Borneo (Sarawak)

NGO Malaysia dinasihat patuhi arahan pihak Indonesia dalam misi di Palu

-

KOTA PALU (Sulawesi): Pihak kedutaan Malaysia di Indonesia menasihati semua badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia agar mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia dalam misi kemanusiaa­n di Palu, Sulawesi.

Timbalan Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia Zamshari Shaharan berkata NGO perlu menyelaras­kan operasi mereka dengan pihak berkuasa di Indonesia agar dapat menghantar bantuan kemanusiaa­n yang perlu sahaja ke Palu.

“Pada 1 Oktober lalu, kita di Kedutaan Malaysia di Jakarta telah bermesyuar­at dengan Kementeria­n Luar Indonesia dan Tentera Na- sional Indonesia (TNI) agar semua bantuan dari luar Indonesia dapat diselaras.

Pihak Indonesia juga meminta NGO luar agar mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuat kuasa di kawasan bencana,” katanya kepada media Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, ketika ini memang ramai NGO Malaysia yang telah sampai di Palu sejak beberapa hari lalu untuk misi bantuan bencana gempa bumi dan tsunami.

Dalam pada itu, Zamshari berkata Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Indonesia untuk mengangkut barang- barang keperluan utama dan jentera berat ke Palu.

“Setakat ini, kita telah dibenarkan untuk menggunaka­n pesawat A400M dan C130H milik TUDM untuk misi di Palu.

Pihak Indonesia mahu kita membantu menerbangk­an muatan besar seperti lori tangki minyak lima ke 12 tan dan juga barangan makanan,” katanya.

Setakat ini, pesawat A400M TUDM menjadi pesawat pengangkut tentera terbesar yang berjaya mendarat di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al-Jufri untuk misi kemanusiaa­n di Palu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia