Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat India tagih akses kesihatan lebih baik Penduduk mahu menerima perkhidmat­an kesihatan terbaik setanding dinikmati penduduk di kawasan bandar

-

PORT DICKSON: Perkhidmat­an kesihatan yang lebih bermutu antara perubahan yang diidamkan oleh masyarakat India yang menetap di luar bandar bawah Parlimen Port Dickson.

Tidak dinafikan rata-rata masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah ketika ditemui Bernama menyifatka­n kemudahan kesihatan di setiap kawasan pedalaman harus diberi perhatian bagi memudahkan masyarakat menerima perkhidmat­an kesihatan yang terbaik setanding perkhidmat­an yang diterima penduduk di bandar.

Mereka meletakkan harapan tinggi kepada wakil rakyat yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu untuk merubah landskap sistem perkhidmat­an kesihatan lebih baik berbanding dahulu.

P. Valshniee, 26, merupakan penduduk Kampung India, Chuah berharap wakil rakyat baharu dapat menambah klinik kesihatan di kawasan itu berbanding sekarang hanya memiliki sebuah Klinik Desa yang kecil sehingga terpaksa menampung pesakit yang begitu ramai.

“Kami minta agar lebih ban- yak klinik desa dapat dibina di kawasan pedalaman Port Dickson, misalnya bagi penduduk di Kampung Sawah, Kampung India, Kampung Sungai Nipah, Kampung Pachitan semua tertumpu pada klinik Desa Chuah.

“Selain kedudukan yang jauh untuk pergi ke pekan Lukut atau ke hospital daerah mahupun hospital Seremban untuk menerima rawatan,” katanya.

Bagi pekerja ladang, P. Balakishna­n, 57, yang sekian lama menghidap penyakit gout berkata walaupun kemudahan kesihatan sudah ada, perhatian terhadap tempoh menunggu juga harus diambil kira supaya urusan dapat dilakukan dengan lancar.

“Sekiranya terlalu ramai yang hadir ke kilinik ini, proses akan menjadi terlalu lambat, selain klinik ini menjadi tumpuan penduduk dari lima kampung berdekatan. Jika di tambah satu lagi klinik kesihatan kami amat bersyukur,” katanya.

Daerah Port Dickson memiliki sebuah hospital dareah, lima klinik kesihatan dan tujuh klinik desa.

Selain perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik, pengundi dalam kalangan pela- dang turut berharap usaha membantu mereka dalam sektor itu tidak dipinggirk­an.

Penternak lembu kecilkecil­an G. Selvaraj, 71, mengharapk­an lebih banyak bantuan dan insentif kepada penternak dan peladang untuk menghasilk­an produk yang lebih berkualiti dalam meningkatk­an mutu ke- hidupan mereka.

“Jika antara mereka (calon) menjadi wakil rakyat yang baharu nanti diharapkan dapat membantu golongan penternak seperti kami, setidaknya dapat memberi dana kepada kami meningkatk­an kualiti ternakan lembu.

“Hasil yang diperoleh tidak begitu lumayan tetapi sekadar membantu sedikit sebanyak pendapatan sedia ada, kandang yang uzur, bekalan makanan lembu yang kurang berkualiti ia agak menyedihka­n kami,” katanya yang merupakan pekerja estet di Kampung Sawah.

Berdasarka­n data taburan penduduk sehingga September tahun ini, Parlimen Port Dickson mempunyai 103,202 penduduk di bawah lima DUN iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung ( dahulu Port Dickson).

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lainlain kaum (dua peratus).

Parlimen Port Dickson menyaksika­n PRK diadakan selepas penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Ab- dullah, 68, pada 12 September lepas mengosongk­an kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

PRK itu menyaksika­n pertanding­an tujuh penjuru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini menang jawatan Presiden PKR mewakili PH, calon PAS Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, personalit­i media sosial Stevie Chan Keng Leong, pakar perunding pengurusan Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahka­n calon BN, Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari pengundian dan Selasa depan (9 Oktober) sebagai hari pengundian awal. — Bernama

Kami minta agar lebih banyak klinik desa dapat dibina di kawasan pedalaman Port Dickson, misalnya bagi penduduk di Kampung Sawah, Kampung India, Kampung Sungai Nipah, Kampung Pachitan semua tertumpu pada klinik Desa Chuah. P. Valshniee Penduduk Kampung India

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK MENCUKUPI: Klinik Desa Chuah untuk kemudahan penduduk dari Kampung Sawah, Kampung Panchitan, Kampung India serta kampung Sungai Nipah mendapatka­n rawatan. Kaum India di luar bandar mahukan lebih banyak Klinik Desa dibina di Port Dickson.
— Gambar Bernama TIDAK MENCUKUPI: Klinik Desa Chuah untuk kemudahan penduduk dari Kampung Sawah, Kampung Panchitan, Kampung India serta kampung Sungai Nipah mendapatka­n rawatan. Kaum India di luar bandar mahukan lebih banyak Klinik Desa dibina di Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia