Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar mohon batal saman pengisytih­aran tidak layak bertanding di Port Dickson

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman pemula bagi menuntut perisytiha­ran bahawa beliau tidak berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen sehingga tempoh hilang kelayakann­ya tamat disebabkan status pengampuna­nnya yang dipertikai­kan.

Peguam J.Leela yang bertindak bagi pihak Anwar, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, memaklumka­n bahawa permohonan untuk membatalka­n saman pemula yang difailkan Noraziah Mohd Shariff, 38, itu dibuat atas dua sebab iaitu tiada locus standi dan tidak adil.

Leela berkata demikian ketika dihubungi pemberita di sini semalam dan turut memaklumka­n permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi, hari ini.

Noraziah memfailkan permohonan itu pada 28 September lepas melalui firma guaman, Tetuan Raja Riza & Associates di Mahkamah Tinggi di sini selaku pemohon dan menamakan Anwar responden pertama dan Lembaga Pengampuna­n Wilayah Perseku- tuan responden kedua.

Beliau, yang juga pengundi di Port Dickson turut memohon untuk mendapatka­n pengisytih­aran bahawa Lembaga Pengampuna­n yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam perkara pengampuna­n Anwar adalah tidak menepati perlembaga­an.

Beliau turut memfailkan sijil perakuan segera supaya permohonan itu dapat didengar secepat mungkin oleh mahkamah sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadual 13 Oktober ini diadakan memandangk­an Anwar akan menjadi calon.

Pemohon turut memohon perisytiha­ran bahawa pengampuna­n yang diberikan kepada Anwar adalah tidak membatalka­n hilang kelayakann­ya untuk menjadi ahli Parlimen berikutan sabitan salah yang dimilikiny­a.

Selain itu, beliau memohon perisytiha­ran bahawa pengampuna­n yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah terbatal memandangk­an Lembaga Pengampuna­n yang menasihati Baginda tidak ditubuhkan selaras dengan Artikel 42(5) Perlembaga­an Persekutua­n.

Noraziah mengemukak­an pemohonan itu dengan alasan Perkara 48(1) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan bahawa seseorang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 adalah hilang kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen.

Pemohon juga berkata, pada 16 Mei lepas, Anwar dilepaskan setelah menjalani hukuman penjara lima tahun berhubung sabitan jenayah kes liwat yang menjadikan­nya hilang kelayakan untuk menjadi ahli parlimen namun atas nasihat responden kedua, Baginda telah memberikan pengampuna­n kepada Anwar.

Dalam hal ini, pemohon mendakwa, Sultan Muhammad V hanya memberi pengampuna­n kepada Anwar namun Baginda tidak pernah membatalka­n hilang kelayakan responden pertama itu seperti yang diperuntuk­kan oleh Artikel 48(1).

Selain itu, dakwanya, responden kedua telah ditubuhkan tanpa mematuhi peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n berikutan ketiadaan Menteri Wilayah dan Peguam Negara pada masa mesyuarat pengampuna­n dijalankan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia