Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan PKR tidak jejas kempen PRK Port Dickson

-

PORT DICKSON: Persaingan sengit dalam pemilihan PKR tidak menjejaska­n gerak kerja jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon PH bagi PRK itu berkata semua anggota parti itu telah diingatkan untuk mengetepik­an soal persaingan mereka dalam pemilihan itu demi kepentinga­n parti di PRK tersebut.

“Tidak terjejas (kempen) mereka semua datang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli pun ada di sini. Saya sudah ingatkan mereka semua untuk datang.

“Mereka datang sebagai satu keluarga dan bekerja bersama-sama dalam mengadakan ceramah dan program, tidak timbul isu kempen terjejas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kempen bersama penduduk Taman Tanjung Gemuk di sini, semalam.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas bagi memberi laluan kepada Anwar yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Hari mengundi ditetapkan pada 13 Oktober manakala pengundian awal akan diadakan hari ini.

Mengulas mengenai kenya- taan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam yang mengingatk­an anggota kabinet dan anggota politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak menjalanka­n aktiviti berkempen pada waktu kerja, Anwar berkata beliau menghormat­i teguran itu dan telah meminta semua anggota parti dalam PH untuk mematuhiny­a.

“Saya cuma mahu minta SPR supaya bersikap sedikit bertimbang rasa. Sebagai contoh semasa saya naik kereta Menteri Pertahanan Mohamad Sabu untuk pergi ke kem baru-baru ini adalah kerana dia tidak boleh naik ke kenderaan saya atas sebab protokol keselamata­n tentera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia