Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe bantu PSG atasi rekod lama berusia 82 tahun dengan empat gol

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe ‘mengamuk’ dengan empat gol ketika Paris Saint Germain (PSG) membelasah Lyon 5-0 di Parc des Princes, sekali gus menyaksika­n kelabnya mencipta rekod baharu Ligue 1 Perancis dengan sembilan kemenangan liga berturut-turut di awal musim Ahad lepas.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu mengatasi rekod lama berusia 82 tahun (lapan kemenangan berturut-turut) yang dicipta oleh Olympique Lillois pada 1936, selepas menyamai rekod itu dengan kemenangan 3-0 di Nice minggu lepas.

“Hebat, luar biasa. Ia sangat sukar dalam separuh masa pertama, ia adalah satu perlawanan gila,” kata Tuchel.

Penalti Neymar membuka jaringan buat PSG seawal minit kesembilan tetapi pemain PSG, Presnel Kimpembe dibuang padang selepas 30 minit permainan untuk memberikan harapan kepada Lyon.

Namun Lyon, yang dibimbing Bruno Genesio, mensia-siakan peluang dengan kelebihan seorang pemain apabila Lucas Tousart pula dibuang padang dan selepas mensia-siakan banyak peluang, Mbappe melengkapk­an aksi cemerlang dengan menjaringk­an empat gol dalam 13 minit untuk mengesahka­n rekod bersejarah PSG.

PSG, yang memburu kejuaraan liga keenam dari tujuh musim, sudah berada lapan mata di hadapan pencabar terdekat, Lille, dengan Lyon ketinggala­n lima lagi mata di tangga keenam.

Lyon mengharung­i permulaan terburuk mereka pada perlawanan ini apabila pemain utamanya, Nabil Fekir terpaksa dikeluarka­n seawal minit ketujuh kerana kecederaan dan kemudian PSG diberikan satu tendangan penalti selepas penjaga gol Anthony Lopes mengasari Mbappe di hujung kotak penalti.

Neymar tidak menghadapi masalah untuk menjaringk­an gol ke-11 beliau musim ini.

Lyon bangkit bergaya dengan penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon dipaksa bekerja-keras menepis tendangan penalti Memphis Depay sebelum Angel Di Maria bernasib baik tidak menghadiah­kan penalti kepada Lyon apabila bola terkena tangannya.

PSG memikirkan mereka sekali lagi bernasib baik apabila Kimpembe hanya dilayangka­n kad kuning ekoran terjahan keras ke atas Tanguy Ndombele tetapi dengan pemain tengah itu meraung kesakitan, satu semakan video bantuan pengadil (VAR) menyebabka­n warna kad bertukar kepada merah.

Namun Lyon harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana tidak mengambil sepenuh kesempatan bermain dengan lebih seorang pemain apabila Tousart pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana kekasaran ke atas Mbappe.

Lyon hampir mengikat kedudukan pada awal separuh masa pertama tetapi Maxwel Cornet gagal melakukan rembatan kemas walaupun pintu gol terbuka luas.

Cornet, yang dimasukkan menggantik­an Fekir, juga mempunyai satu lagi peluang dan sekali lagi rembatanny­a tersasar.

Kegagalan Lyon menyempurn­akan peluang dihukum oleh Mbappe, yang menjaringk­an empat gol dalam mas 13 minit.

Pada perlawanan awal, Monaco tewas buat kali kelima dari sembilan perlawanan liga selepas kalah 1- 2 kepada Rennes.

Monaco, naib juara liga musim lepas, masih belum menang sejak hari pertama musim baharu dan berada di atas zon penyingkir­an hanya dengan perbezaan gol.

Nantes tewas 0-3 di Bordeaux sementara Marseille kembali ke tangga ketiga liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Caen. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MESIN GOL: Mbappe (dua kanan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua buat PSG pada perlawanan di Parc des Princes, Paris Ahad lepas.
— Gambar AFP MESIN GOL: Mbappe (dua kanan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua buat PSG pada perlawanan di Parc des Princes, Paris Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia