Utusan Borneo (Sarawak)

Terry bersara dari bola sepak, beralih karier dalam bidang kejurulati­han

-

LONDON, England: Bekas kapten antarabang­sa England, John Terry, mengumumka­n persaraan dari bola sepak Ahad lepas dengan pemain pertahanan tengah berusia 37 tahun itu sekarang akan mengalih karier dalam bidang pengurusan.

Terry, yang menghabisk­an sebahagian besar kariernya di Chelsea, menjadi kapten kelab Liga Kejuaraan, Aston Villa pada musim lepas.

Sekarang Villa dilaporkan mahu beliau menyertai kakitangan kejurulati­han kelab sebagai sebahagian pengurusan baharu dengan Thierry Henry dilaporkan akan mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih selepas Steve Bruce dipecat awal minggu lepas.

“Selepas 23 tahun yang hebat sebagai pemain bola sepak, saya mem- buat keputusan di mana ia adalah masa yang tepat untuk bersara sebagai pemain,” kata Terry menerusi akaun rasmi Instagram beliau. Terry, yang beraksi sebanyak 78 kali untuk England, baru-baru ini menolak satu peluang untuk bermain bersama kelab Rusia, Spartak Moscow dengan berkata perpindaha­n ke Rusia tidak sesuai untuk keluargany­a. Perlawanan terakhir beliau sebagai pemain profesiona­l ialah ketika Villa tewas 01 kepada Fulham di final playoff kelayakan ke Liga Perdana – sekali gus menafikan Villa kembali semula ke Liga Perdana selepas satu musim. Tetapi karier beliau akan lebih diingati pada masa beliau di Chelsea di mana beliau memenangi lima kejuaraan Liga Perdana, lima Piala FA dan juga kejuaraan Liga Juara-Juara dan Liga Europa, walaupun beliau tidak beraksi di dua final pertanding­an Eropah itu. “Ketika berusia 14 tahun, saya membuat keputusan terbaik dan terbesar: menandatan­gani kontrak bersama Kelab Bola Sepak Chelsea,” tambah Terry, yang juga berterima kasih kepada keluargany­a di atas sokongan mereka. “K a t a - kata tidak akan memadai untuk menunjukka­n betapa semua orang cukup saya hargai, terutama sekali peminat. Saya berharap saya sudah melakukan apa yang boleh anda banggakan.”

Beliau juga merujuk kepada masanya di Villa dengan berkata: “Ia satu penghormat­an untuk mewakili kelab terkenal dengan penyokong hebat.”

“Saya tidak sabar untuk mengharung­i babak dan cabaran baharu yang menanti di hadapan.”

Terry membuat 717 penampilan bersama Chelsea dan menjaringk­an 67 gol. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan tengah terbaik England dalam generasiny­a.

Tetapi pada 2011, beliau dituduh mengeluark­an kata-kata perkauman ke atas Anton Ferdinand, adik rakan pertahanan tengahnya di England, Rio Ferdinand semasa perlawanan menentang Queens Park Rangers.

Terry kemudian dibebaskan dari dakwaan jenayah semasa perbicaraa­n mahkamah pada 2012.

Tetapi Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris, yang menggugurk­an Terry sebagai kapten England ketika perbicaraa­n, kemudian menggantun­g Terry sebanyak empat perlawanan.

Keputusan oleh FA untuk mengambil tindakan disiplin selepaskep­utusanmahk­amah itu telah menyebabka­n Terry membuat keputusan bersara dari bola sepak antarabang­sa. — AFP

 ??  ?? TERRY
TERRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia