Utusan Borneo (Sarawak)

Jepun julang Piala AFC B-16 buat kali ketiga Nishikawa wira skuad muda Samurai Biru menang tipis 1-0 ke atas Tajikistan pada perlawanan final

-

KUALA LUMPUR: Jepun memenangi Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) buat kali ketiga setelah menang tipis 1-0 ke atas Tajikistan pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam kelmarin.

Untuk rekod, Jepun pernah memenangi gelaran sama pada 1994 dan 2006.

Jun Nishikawa muncul wira skuad muda Samurai Biru pada perlawanan berkenaan apabila menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-62.

Lebih manis, Nishikawa diumumkam sebagai pemain paling bernilai (Most Valuable Player) kejohanan, manakala pasukan Jepun menerima anugerah ‘ Fair Play’ setelah hanya mengutip empat kad kuning sepanjang kejohanan berkenaan.

Pada aksi malam kelmarin, penguasaan bola jelas memihak kepada Jepun yang melakukan serangan bertali arus ke kubu Tajikistan.

Namun, kekebalan benteng pertahanan Tajikistan selain ketangkasa­n penjaga gol lawan, Mukhriddin Khasanov menyaksika­n perlawanan berkesudah­an seri tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa.

Sebaik sahaja perlawanan disambung, skuad muda Samurai Biru kembali menggandak­an asakan untuk memburu gol pembukaan.

Mereka berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-57 menerusi Ryuma Nakano hasil hantaran Keita Nakano, namun gol berk- enaan tidak disahkan pengadil perlawanan kerana seorang lagi pemain Jepun, Shoji Toyama didakwa berada pada kedudukan ofsaid sewaktu gol berkenaan terhasil.

Nishikawa memastikan kejuaraan ketiga untuk skuad kendalian Toshiyo Moriyama apabila melepaskan rembatan leret hasil hantaran Ryuma Nakano pada minit ke-62 dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Untuk rekod, Jepun dan Tajikistan layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan setelah mara ke peringkat separuh akhir Kejuaraan B-16 AFC.

Mereka diiringi oleh Australia dan Korea Selatan yang kalah pada peringkat separuh akhir sebelum ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAI BERSAMA: Jurulatih pasukan skuad bawah 16 Jepun, Moriyama Yoshiro menjulang piala Kejuaraan B-16 AFC 2018 setelah menewaskan Tajikistan pada perlawanan akhir di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.
— Gambar Bernama RAI BERSAMA: Jurulatih pasukan skuad bawah 16 Jepun, Moriyama Yoshiro menjulang piala Kejuaraan B-16 AFC 2018 setelah menewaskan Tajikistan pada perlawanan akhir di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia