Utusan Borneo (Sarawak)

Mehmet terkejut pasukannya berpesta gol

-

IPOH: Pengendali Perak, Mehmet Durakovic mengakui terkejut dan tidak menjangkak­an pasukannya mampu berpesta gol dalam pertemuan menentang Sabah bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018, di Stadium Ipoh di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, aksi dipamerkan anak didiknya cukup cemerlang dan ia dibuktikan dengan serangan bertali arus yang dilancarka­n ke kubu lawan sepanjang perlawanan.

“Ini adalah keputusan yang cukup baik untuk dibawa ke Likas (Sabah) nanti bagi aksi timbal balik. Secara keseluruha­n, saya berbangga dengan aksi yang dipamerkan kesemua pemain.

“Mereka mengikut arahan yang direncanak­an dan paling penting tidak mensia-siakan peluang untuk menghasilk­an jaringan,” katanya pada sidang media sejurus selesai perlawanan, di sini, malam kelmarin.

Dalam pertembung­an itu, Perak yang turun tanpa khidmat ketua pasukan, Mohamad Nasir Basharuddi­n berpesta gol apabila membenam skuad Sang Badak 5-0 melalui jaringan Mohd Nor Hakim Hassan minit ke-16, Wander Luiz Junior (minit-42), Gilmar Da Silva (minit-73), Muhammad Firdaus Saiyadi (minit-76) dan Leandro Dos Santos (minit92).

Bagaimanap­un, Mehmet menjelaska­n beliau tidak mahu terlalu selesa dengan kelebihan yang dimiliki selain akan terus fokus untuk mengekalka­n momentum kemenangan pasukannya dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, 21 Okt ini.

“Kami ada rehat lebih kurang dua minggu sebelum aksi kedua. Mungkin dalam tempoh tersebut kami akan mempersiap­kan pasukan terutama sama ada mengekalka­n skuad sedia ada atau menurunkan barisan simpanan,” katanya.

Pemain Perak, Mohd Nor Hakim Hassan berkata beliau optimis Perak mampu menempah slot ke perlawanan akhir dengan kelebihan gol yang dimiliki.

Beliau yang terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan turut menghambur­kan pujian terhadap semangat juang yang ditonjolka­n rakan sepasukan dalam memburu gol di laman sendiri.

Sementara itu, jurulatih Sabah Jelius Ating berkata beliaau kecewa dengan persembaha­n yang ditonjolka­n pasukannya dalam keseluruha­n permainan itu.

Katanya, rata-rata pemain tidak menunjukka­n karakter untuk memenangi perlawanan dan ia dihukum dengan jaringan demi jaringan yang dihasilkan barisan serangan pasukan Perak.

“Secara keseluruha­n, ini bukan prestasi sebenar pasukan kami. Bolos dengan jaringan besar seumpama ini nyata membunuh semangat anak buah saya. Saya akui untuk aksi kedua di Likas nanti ia sememangny­a sukar, “katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Skuad badminton remaja negara menampilka­n prestasi cemerlang apabila menjuarai kategori beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia Bawah 15 (U-15) dan Bawah 17 (U-17) di Mandalay, Myanmar kelmarin.

Malaysia menjuarai U-17 menerusi Demond Anthony Samin- Wan Muhammad Arif Shaharu Wan Mohd Junaidi selepas beregu bukan pilihan itu menyingkir­kan pasangan Taiwan, Chun Wei- Wu Guan Xun dengan 21-18, 21-17 pada pertanding­an yang berlangsun­g di Mandalar Thiri Multi-Purpose Stadium.

Pilihan kedua, Justin Hoh Shou Wei- Muhammad Fazriq Mohamad Razif menambah kegembiraa­n skuad Malaysia apabila menewaskan beregu Indonesia, Muhammad Rayhan Nur Fadillah-Marwan Faza dengan 25-23 dan 21-12 dalam kategori U-15.

Kemenangan itu juga bermakna Muhammad Fazriq mempertaha­nkan kejuaraan bagi kategori sama yang dimenangin­ya berganding­an dengan Ong Zhen Yi di Yangon, Myanmar, tahun lepas.

Jurulatih kebangsaan yang juga pengurus pasukan Poh Chai Boon berkata mereka gembira dengan kemenangan yang tidak diduga itu.

“Prestasi yang mereka pamerkan di Mandalay memberikan kami harapan untuk menang sekurangku­rangnya gangsa. Justeru kejayaan memenangi emas itu sememangny­a satu kejutan namun semua pemain terbabit berbakat besar,” katanya dipetik berkata oleh Badminton Asia menerusi laman sesawang www.badmintona­sia. org. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENANG BESAR: Wander Luiz (dua kanan) bersama rakan sepasukan meraikan gol jaringanny­a ketika menentang pasukan Sabah pada pertembung­an Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.
— Gambar Bernama MENANG BESAR: Wander Luiz (dua kanan) bersama rakan sepasukan meraikan gol jaringanny­a ketika menentang pasukan Sabah pada pertembung­an Piala Malaysia 2018 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia