Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Napoli rapatkan jurang ketinggala­n enam mata di belakang Juve

-

MILAN, Itali: Napoli kembali merapatkan jurang ketinggala­n enam mata di belakang pendahulu Serie A Itali, Juventus selepas menewaskan Sassuolo 2-0 menerusi gol Adam Ounas dan Lorenzo Insigne sementara Inter Milan naik ke tangga ketiga dengan menewaskan SPAL Ahad lepas.

Napoli tercicir dari saingan minggu lepas apabila tewas kepada Juventus tetapi berjaga mengelak semakin ketinggala­n dari juara bertahan itu selepas Juventus menewaskan Udinese pada perlawanan hari Sabtu.

“Kami bermain beberapa aksi yang menarik hari ini (Ahad), walaupun jika Sassuolo bukan lawan yang mudah,” kata jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti.

Ounas, yang membuat penampilan sulung penuh dalam Serie A, membuka jaringan buat seawal minit ketiga permainan apabila menyempurn­akan umpanan Manuel Locatelli untuk gol pertama beliau dalam bola sepak Itali.

Napoli menguasai permainan dengan Dries Mertens tidak bernasib baik menambah jaringan apabila rembatanny­a sedikit tinggi dari palang gol sebelum Insigne dimasukkan dari bangku simpanan pada awal separuh masa kedua untuk mengesahka­n kemenangan ketika berbaki 18 minit permainan.

“Saya mengharung­i satu tempoh prestasi yang baik, saya berharap untuk dapat meneruskan­nya dan sentiasa menjaringk­an gol tetapi selain dari itu, saya benar-benar berharap Napoli boleh melangkah jauh,” kata Insigne.

Sassuolo menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Rogerio dilayangka­n kad merah lewat.

Inter Milan naik ke tangga ketiga, lapan mata di belakang Juventus selepas menang 2-1 di SPAL, kemenangan keempat berturut-turut mereka.

Kapten Inter, Mauro Icardi, menjaringk­an kedua-dua gol Inter.

Penyerang dari Argentina itu membuka jaringan pada minit ke-14 sebelum menambah jaringan ketika berbaki 12 minit permainan dari umpanan Ivan Perisic.

Di antara gol itu, Mirco Antenucci mensia- siakan peluang mengikat kedudukan lebih awal apabila gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti sebelum Alberto Paloschi mengikat kedudukan pada minit ke-72.

Pada perlawanan lain, Ciro Immobile menjaringk­an gol pertama beliau ke atas Fiorentina ketika Lazio menang 1-0 di Stadio Olimpico pada perlawanan awal dan kini berada di tangga keempat liga.

Lazio, yang dibimbing Simeone Inzaghi, memulakan perlawanan dengan harapan cuba bangkit selepas tewas 1-3 kepada AS Roma minggu lepas.

“Hari ini kita melihat pasukan sebenar Lazio, pasukan yang bersaing dengan bersungguh-sungguh,” kata pemain tengah, Senad Lulic.

“Jika kami bermain seperti ini, maka kami boleh menewaskan sesiapa pun. Anda boleh melihat bagaimana kami laparkan tiga mata.”

AC Milan melanjutka­n tempoh lapan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an apabila menewaskan Chievo 3- 1 di San Siro, dengan dua gol dijaringka­n Gonzalo Higuain.

Kemenangan meletakkan Milan di tangga ke-10 tetapi hanya empat mata dari pasukan di tangga ketiga liga dan dengan kurang satu perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KEMAHIRAN TINGGI: Insigne (kanan) dengan tenang mengawal bola ketika berdepan tentangan sengit daripada pemain pertahanan Sassuolo, Pol Lirola pada perlawanan Serie A di Stadio San Paolo, Naples kelmarin.
— Gambar Reuters KEMAHIRAN TINGGI: Insigne (kanan) dengan tenang mengawal bola ketika berdepan tentangan sengit daripada pemain pertahanan Sassuolo, Pol Lirola pada perlawanan Serie A di Stadio San Paolo, Naples kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia