Utusan Borneo (Sarawak)

Chong Wei mohon semua pihak hormati ruang peribadiny­a

-

SEPANG: Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersuara memohon semua pihak untuk menghormat­i ruang peribadiny­a pada ketika ini.

Chong Wei disahkan menghidap kanser hidung tahap pertama telah selesai menjalani rawatan hampir lebih dua bulan dan dibenarkan pulang oleh dok- tor merawatnya di Taiwan kelmarin.

Sejurus mengetahui beberapa media sedang menunggu kepulangan­nya kelmarin sejak pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA), Chong Wei meminta jasa baik semua agar tiada liputan berita mengenainy­a ketika ini.

“Beritahu semua orang ( media) supaya balik, tidak perlu tunggu saya. Saya tidak mahu semua media tunggu saya di lapangan terbang.

“Saya perlukan rehat ketika ini. Beberapa hari lagi saya akan panggil semua media untuk menjelaska­n keadaan saya. Terima kasih,” katanya menerusi satu pesanan suara.

Sejak pagi kelmarin, beberapa pihak media tempatan menunggu kepulangan Chong Wei di KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Sehingga kini maklumat terperinci mengenai jadual penerbanga­nnya masih belum diketahui dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah di Subang menaiki jet peribadi.

Masalah kesihatan pemain berusia 36 tahun itu mula menjadi tumpuan selepas pemain berkenaan menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dan Sukan Asia di Jakarta- Palembang 2018, bulan lalu.

Sepanjang kariernya dalam badminton, Chong Wei meraih tiga kali pingat perak Sukan Olimpik pada 2008, 2012, 2016 dan tiga kali muncul naib juara Kejohanan Dunia ( 2011, 2013, 2015).

Beliau juga meraih gelaran ‘ Raja Siri Super’ apabila menjuarai kejohanan anjuran Persekutua­n Badminton Dunia ( BWF) paling banyak dalam sejarah. Secara keseluruha­n Chong Wei berjaya merekodkan 69 gelaran juara dan 34 naib juara. — Bernama

 ??  ?? CHONG WEI
CHONG WEI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia