Utusan Borneo (Sarawak)

Sesco Limbang julang Piala Awang Tengah

-

LIMBANG: Pasukan Sesco Limbang mencipta kejayaan apabila muncul juara (kategori lelaki) pada Kejohanan Futsal Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Stadium Tertutup Limbang di sini kelmarin.

Selaku juara mereka membawa pulang wang tunai RM1,000, Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan pingat.

Sementara itu, PDRM berada di tangga kedua menerima RM700, piala dan pingat.

Manakala Jabatan Penjara Limbang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga menerima wang tunai RM500, piala dan pingat.

Dalam pada itu, Jabatan Penjara Limbang diumumkan sebagai juara kategori wanita sekali gus menerima habuan wang tunai RM800, piala dan pingat.

Tempat kedua dimenangi Pejabat Pendidikan Lim- bang membawa pulang hadiah wang tunai RM600, piala dan pingat. Manakala RELA di tangga ketiga menerima RM400, piala dan pingat.

Hadiah kemenangan disampaika­n oleh Pegawai Daerah Limbang, Superi Awang Said.

Hadir sama Ketua Imigresen Bahagian Limbang, Khalthom Ahmad selaku pengerusi pengelola dan ketua-ketua jabatan lain.

Pada kejohanan sama, Mohd Daud Ismail dari Sesco Limbang dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik.

Manakala Connie Braim dari Jabatan Penjara Limbang merangkul gelaran Pemain Wanita Terbaik.

Mohammad Bukhari Hasbol juga dari SESCO Limbang dianugerah­kan sebagai Penjaga Gol Terbaik Lelaki diikuti Catherine Jawi (Jabatan Penjara Limbang) diumumkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia