Utusan Borneo (Sarawak)

RAAGA tampil ‘Hero Yang Tidak Didendang’ dalam segmen khas

-

PERBUATAN kecil yang dilakukan sering kali meninggalk­an impak terbesar dan kebaikan yang dilakukan oleh individu-individu hebat ini acap kali tidak disedari.

‘Saathanai Hero-kkal’, kempen yang berlangsun­g selama satu tahun anjuran RAAGA dan Digi Telecommun­ications Sdn Bhd meraikan dan memberi penghormat­an kepada rakyat Malaysia yang mengerjaka­n kebaikan dalam usaha memberi kehidupan yang lebih baik buat orang lain.

Pendengar setia RAAGA boleh mencalonka­n mana-mana individu yang mempunyai kisah penuh inspirasi untuk berkongsi dengan masyarakat di www.raaga.my sebelum kempen berakhir pada 4 Januari 2019.

Kisah yang paling memberi inspirasi akan disenarai pendek dan ditemurama­h di segmen Kalakkal Kaalai RAAGA oleh penyampai RAAGA, Anantha dan Uthaya.

Subramania­n Veerasamy, Pengurus Kandungan RAAGA berkata, “Kami sangat kagum dengan kebaikan rakyat Malaysia yang telah mendedikas­ikan hidup mereka untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kami berharap dengan memaparkan kisah-kisah mereka di radio, RAAGA dapat terus menggalakk­an rakyat Malaysia untuk menjadi individu yang lebih baik. Dengan kerjasama dengan Digi, kami berharap dapat memberikan lebih banyak cerita yang memberi inspirasi kepada 1.29 juta pendengar kami, menerusi kandungan yang dibawakan di semua platform yang kami ada.”

Rajeeswara­n Vengadasal­am, Ketua Segmen Pengaktifa­n & Penajaan Digi berkata, “Menjadi individu yang memberi inspirasi merupakan antara budaya kerja kami di Digi. Kami digalakkan untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang-orang di sekeliling, bukan sahaja di tempat kerja tetapi juga dalam kehidupan peribadi.

“Inilah yang kami mahukan ketika kami memulakan kerjasama dengan RAAGA iaitu mencari individu yang mempunyai kisah mengagumka­n mengenai kebaikan yang dilakukan tanpa meminta apa-apa balasan.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat inspirasi menerusi kisah-kisah individu lain yang jarang diperkatak­an, dan mendapat idea bagaimana mereka dapat membantu membawa perubahan yang lebih baik kepada komuniti masing-masing.”

Sejak Saathanai Herokkal dilancarka­n pada bulan Jun 2018, tujuh individu telah dipilih untuk dipaparkan dalam segmen RAAGA Kalakkal Kaalai.

Antara individu yang terpilih ialah ‘Doktor Teddy Bear’ Dr S. Madhusudha­n, yang telah menyediaka­n rawatan perubatan percuma untuk mereka yang tiada tempat tinggal dan tidak mampu membeli keperluan asas perubatan; Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Everest, Dato ‘Sri Andy, yang membantu mangsa Taufan Haiyan dan menyediaka­n penghantar­an barangan secara percuma kepada badan amal yang terpilih; serta Pengasas Persatuan Yoga Malaysia, Guru Manisekara­n, yang menjalanka­n bengkel dan kelas yoga untuk kanakkanak kurang bernasib baik.

Saathanai Hero-kkal juga turut memaparkan kisah Shalini, seorang individu yang penuh bersemanga­t membantu mereka yang memerlukan dengan menjalanka­n inisiatif kitar semula dan mendermaka­n wang yang berjaya diperoleh kepada pesakit kanser; Jacob Isaac, tidak terhad oleh ketidakupa­yaan fizikalnya, beliau menyumbang sebahagian pendapatan­nya kepada beberapa sekolah Tamil; Mahendran, pemilik refleksolo­gi yang telah kehilangan penglihata­nnya namun masih mementingk­an kebajikan orang lain terlebih dahulu dengan membuat kerja amal membantu orang buta; dan, Puspa Rani, ketua organisasi bukan kerajaan, Penyelamat Haiwan Bebas Malaysia (MIAR) yang menyelamat­kan binatangbi­natang yang didera.

Untuk maklumat lanjut mengenai Saathanai Hero-kkal dan RAAGA, layari www.raaga.my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia