Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Marin AS di Darwin diturun pangkat

-

SYDNEY: Ketua Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) di kawasan tropika utara Australia diturunkan pangkat atas dasar kehilangan kepercayaa­n dan keyakinan selepas didakwa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, pihak tentera mengesahka­n semalam.

Kolonel James Schnelle dilepaskan daripada pemerintah­annya selepas memberitah­u pegawai atasannya, dia dihentikan oleh Polis Northern Territory kerana disyaki memandu di bawah pengaruh arak di bandar raya Darwin pada bulan lepas, kata jurucakap Kor Marin AS.

Mahkamah Tempatan Darwin dimaklumka­n semalam Schnelle gagal ujian nafas rambang pada awal pagi 30 September lalu.

Perbadanan Penyiaran Australia ( ABC) melaporkan Schnelle memandu pulang dari sebuah restoran dan bar di Darwin ketika itu.

“Ini adalah seorang lelaki dengan jati diri yang sangat tinggi, dia tidak ada sebarang pensabitan di mana- mana pun di dunia dan memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat,” badan penyiaran kebangsaan itu memetik peg- uam Schnelle sebagai memberitah­u mahkamah.

“Tentera Marin AS menangani kesnya dengan cara yang terlalu keras,”katanya.

Pegawai yang pernah menerima anugerah itu didenda AUS$500 (RM1,400) kerana memandu dalam keadaan mabuk sederhana da lesen memandunya digantung selama enam bulan, kata pegawai mahkamah.

Tiada pensabitan direkodkan, katanya.

Kira- kira 1,587 anggota Marin kini menjalanka­n tugas selama enam bulan di Darwin dalam perancanga­n tahunan di antara dua sekutu pertahanan sekian lama, Washington dan Canberra.

Pengerahan itu, sebahagian daripada strategi imbangan semula Washington di rantau Asia-Pasifik, dibuat ketika Beijing semakin menunjukka­n kekuatan ekonomi dan ketenteraa­n di rantau tersebut.

Jurucakap Kor Marin berkata siasatan ke atas kes Schnelle sudah dimulakan, dan Leftenan Kolonel Jeramy Brady dilantik sebagai pegawai bertanggun­gjawab baharu bagi durasi penggilira­n sekarang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia