Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si masyarakat dan ekonomi dunia pada skala luar biasa harus disegeraka­n

-

INCHEON: Mengelak pergolakan iklim global memerlukan transforma­si masyarakat dan ekonomi dunia yang besar pada skala luar biasa, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam dalam satu laporan penting yang memberi amaran bahawa masa semakin suntuk untuk mengelak bencana.

Kepanasan permukaan Bumi sudah meningkat 1 darjah Celsius, cukup untuk menaikkan paras lautan dan mencetuska­nn taufan, banjir dan kemarau, sekali gus berada di landasan untuk mencatatka­n peningkata­n suhu sebanyak 3 atau 4 darjah Celsius yang tidak dapat ditangani kehidupan.

Pada paras pengeluara­n gas rumah hijau semasa, kita dapat melepasi penanda 1.5 darjah Celsius seawal tahun 2030, dan tidak lewat daripada pertengaha­n abad ini, Panel Antara Kerajaan bagi Perubahan Iklim ( IPCC) melaporkan dengan keyakinan tinggi.

“Tempoh beberapa tahun akan datang mungkin paling penting dalam sejarah manusia,” kata Debra Roberts, selaku ketua Jabatan Perancanga­n Alam Sekitar dan Pelindunga­n Iklim di Durban, Afrika Selatan, dan pengerusi bersama IPCC.

Ringkasan bagi Pembuat Dasar untuk laporan setebal 400 muka surat itu menggarisk­an betapa cepatnya pemanasan global mengatasi usaha manusia untuk menjinakka­nnya, dan menggarisk­an pilihan untuk mengelak kemusnahan terburuk pada masa depan yang mengusutka­n iklim.

“Kita sudah menjalanka­n tugas kita, kita kini sudah menyampaik­an mesej,” kata Profesor Jim Skea dari Pusat Dasar Alam Sekitar Kolej Imperial London serta pengerusi bersama IPCC, pada sidang akhbar.

“Sekarang ia diserahkan kepada kerajaan, ia adalah tanggungja­wab mereka untuk mengambil tindakan.”

Sebelum Perjanjian Paris ditandatan­gani pada 2015, penyelidik­an saintifik hampir sedekad bergantung kepada andaian bahawa suhu 2 darjah Celsius adalah had pelindunga­n bagi dunia dengan iklim yang selamat.

Bagaimanap­un laporan IPCC menunjukka­n impak pemanasan global telah tiba lebih awal dan memberi kesan yang lebih buruk berbanding ramalan.

“Perkara yang saintis sebut akan berlaku pada masa depan sudah berlaku sekarang,” kata Pengarah Eksekutif Greenpeace Internatio­nal Jennifer Morgan.

Bagi memiliki peluang sekurang-kurangnya 50/50 untuk kekal di bawah had 1.5 darjah Celsius tanpa melebihi tanda itu, dunia mesti menjadi neutral karbon menjelang 2050, menurut laporan itu.

“Itu bermakna setiap tan karbon dioksida yang kita simpan di dalam atmosfera perlu diimbangi satu tan karbon dioksida yang kita keluarkan,” kata penulis penyelaras utama Myles Allen, ketua Program Penyelidik­an Iklim di Universiti Oxford.

Dengan menggunaka­n hasil lebih 6,000 kajian saintifik yang baharu, laporan itu menggarisk­an empat laluan ke arah matlamat tersebut.

Laluan dengan cita- cita paling tinggi menyaksika­n penguranga­n radikal dalam penggunaan tenaga, digabung dengan peralihan cepat daripada bahan bakar fosil serta penurunan pantas dalam pengeluara­n karbon dioksida bermula pada 2020.

Ia juga akan mengelak daripada melampaui had 1.5 darjah Celsius.

Senario ‘bayar kemudian’ yang bertentang­an menggantik­an gaya hidup penggunaan tinggi dan penggunaan berterusan bahan bakar fosil dengan pelanggara­n sementara siling 1.5 darjah Celsius.

Ia banyak bergantung kepada penggunaan bahan bakar bio.

Namun skim itu perlu menanam sebuah kawasan yang dua kali ganda saiz India dalam tanaman bahan bakar bio, dan mengandaik­an kirakira 1,200 bilion tan karbon dioksida pengeluara­n gas selama 30 tahun pada kadar semasa, dapat disimpan dengan selamat di bawah tanah.

“Adakah ia adil bagi generasi akan datang untuk membayar bagi mengeluark­an karbon dioksida daripada atmosfera yang kita sekarang simpan ke dalamnya?” tanya Allen.

“Kita perlu mula mengadakan perdebatan itu.”

Pertaruhan khususnya tinggi bagi negara pulau yang kecil, negara membangun di rantau tropik, dan negara dengan wilayah delta yang sesak dengan penduduk dan sudah menyaksika­n paras laut yang semakin naik.

“Kita masih memiliki peluang paling tipis sekali untuk mengelak kerosakan yang tidak dapat difikirkan kepada sistem iklim yang menyokong kehidupan seperti apa yang kita tahu sekarang,” kata Amjad Abdulla, ketua perunding di rundingan iklim PBB bagi Pakatan Negara-Negara Pulau Kecil (AOSIS).

Membataska­n pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius memerlukan harga yang begitu tinggi: pelaburan sebanyak AS$2.4 trilion (RM9.6 trilion) dalam sistem tenaga global setiap tahun antara 2016 hingga 2035, atau kirakira 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia.

Bagaimanap­un jumlah itu mesti ditimbang dengan kos yang jauh lebih tinggi jika tiada tindakan diambil, kata laporan itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUTAN: Aktivis Greenpeace memaparkan kain rentang gergasi dengan kata-kata bermaksud ‘Kita masih ada harapan, Tindakan iklim sekarang!’ semasa satu aktiviti sebelum sidang akhbar PCC di Songdo Convensia, Incheon semalam.
— Gambar AFP TUNTUTAN: Aktivis Greenpeace memaparkan kain rentang gergasi dengan kata-kata bermaksud ‘Kita masih ada harapan, Tindakan iklim sekarang!’ semasa satu aktiviti sebelum sidang akhbar PCC di Songdo Convensia, Incheon semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? MISI SERIUS: Lee (tengah) bercakap semasa sidang akhbar IPCC di Songdo Convensia di Incheon, semalam.
— Gambar AFP MISI SERIUS: Lee (tengah) bercakap semasa sidang akhbar IPCC di Songdo Convensia di Incheon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia