Utusan Borneo (Sarawak)

Venezuela dakwa presiden Colombia lindungi penyerang Maduro

-

CARACAS: Venezuela meneruskan pertikaman lidah dengan negara jiran Colombia kelmarin dengan menyatakan presiden Colombia, Ivan Duque, melindungi perancang cubaan untuk membunuh presidenny­a, Nicolas Maduro.

Caracas menyebut dalam satu kenyataan bahawa Presiden Colombia Ivan Duque telah meletakkan institusi Colombia dalam tangan kepentinga­n yang terselindu­ng dan tidak terkata bagi menentang kerajaan Venezuela, mengendos dan menuokong semua jenis tindakan dan konspirasi.

Ia termasuk melindungi perancang bahan dan intelek satu cubaan pada 4 Ogos lalu yang didakwa untuk membunuh Maduro sewaktu satu perarakan ketenteraa­n, kata kementeria­n luar.

Bogota pada Jumaat lepas menolak kenyataan Maduro yang merujuk kepada Duque sebagai ‘syaitan’ yang membenci Venezuela.

Ia menuduh pemimpin haluan kanan Colombia itu berkonspir­asi setiap hari untuk menentang kerajaan sosialis dan angkatan tenteranya.

Sejak memegang kuasa pada 7 Ogos lalu, Duque terus menuntut tekanan antarabang­sa ke atas kerajaan Maduro, dan sama seperti presiden terdahulu Juan Manuel Santos, dia memanggil kerajaan Venezuela sebuah pemerintah­an kuku besi.

Maduro menuduh Santos mendalangi letupan dua buah dron yang mengganggu ucapan presiden Venezuela itu di perarakan ketenteraa­n di Caracas pada 4 Ogos lalu.

Duque menolak tuntutan Maduro agar Colombia mengekstra­disi bekas speaker parlimen Venezuela yang hidup dalam buangan, Julio Borges, yang dia tuduh mengambil bahagian dalam serangan dron berkenaan.

Colombia sudah menerima lebih separuh daripada 1.9 juta pelarian yang menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sudah meninggalk­an Venezuela sejak 2015 selepas kegagalan ekonomi di bawah Maduro yang semakin autoritari­an menyebabka­n kekurangan makanan dan ubat-ubatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia