Utusan Borneo (Sarawak)

Wartawan FT diberi tempoh tujuh hari untuk keluar dari HK

-

HONG KONG: Seorang wartawan terkemuka Financial Times (FT) telah diberi tempoh tujuh hari untuk meninggalk­an Hong Kong manakala tindak balas meningkat semalam berhubung cabaran yang luar biasa kepada kebebasan media di bandar raya tersebut.

Victor Mallet, pengarang berita Asia FT dan seorang warga Britain, menimbulka­n kemarahan pihak berkuasa di Beijing dan Hong Kong apabila dia menjadi hos kepada satu ucapan di kelab media di bandar raya itu oleh Andy Chan, ketua sebuah parti politik prokemerde­kaan yang kecil.

Sejak itu, parti Chan diharamkan selepas Beijing bertindak ke atas sebarang sentimen prokemerde­kaan di bandar raya separa autonomi itu.

Pada minggu lepas, laporan menyebut permohonan Mallet untuk memperbaha­rui visa kerjanya telah ditolak pihak berkuasa imigresen Hong Kong.

Semalam FT berkata, Mallet hanya diberi visa pelawat selama tujuh hari selepas kembali ke bandar raya itu daripada satu lawatan kelmarin.

Sumber yang tahu tentang situasi berkenaan memberitah­u Mallet disoal imigresen dan dinafikan kemasukan automatik.

Warga Britain biasanya dibenarkan memasuki Hong Kong tanpa visa dan dibenarkan untuk tinggal selama 180 hari di bawah peraturan imigresen.

FT berkata pegawai imigresen tidak memberi penjelasan bagi visa pelawat yang dipendekka­n itu.

“Kami masih meminta penjelasan daripada pihak berkuasa Hong Kong tentang penolakan pembaharua­n bagi visa kerjanya,” kata akhbar itu yang mempunyai ibu pejabat serantau di Hong Kong.

Lembaga pengarang FT sebelum ini menyifatka­n keputusan untuk menolak visa kerja bagi Mallet sebagai memberi mesej menakutkan kepada semua orang di Hong Kong.

Dalam satu ucapan yang lantang pada Ogos lalu di Kelab Koresponde­n Asing (FCC) di bandar raya itu, di mana Mallet menjadi naib presiden, aktivis kemerdekaa­n Chan menyerang China sebagai sebuah empayar yang cuba merampas dan memusnahka­n Hong Kong.

Kementeria­n luar Chia telah meminta kelab itu untuk membatalka­n ceramah tersebut tetapi FCC enggan, kerana menurutnya semua pihak dalam perdebatan harus didengari dan ia menjadi hos kepda pelbagai penceramah, termasuk pegawai China.

Britain dan Amerika Syarikat telah menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penolakan visa itu dan impaknya ke atas kebebasan media.

Semalam sekumpulan peguam paling berpengaru­h di bandar raya itu turut mem- balas balik.

“Penolakan sedemikian menuntut penjelasan memandangk­an ia bersifat luar biasa dan ia memberi impak yang mendalam kepada kebebasan media di Hong Kong,” menurut kenyataan daripada kumpulan 30 peguam terbabit.

Kumpulan itu terdiri daripada sektor perundanga­n kecil dalam jawatankua­sa pilihan raya yang memilih pemimpin bandar raya.

Sebuah lagi organisasi perundanga­n, Kumpulan Peguam Progresif, berkata: “Sebarang pengundura­n paksaan ke atas saluran media asing adalah satu kehilangan yang tragis bagi Hong Kong dan mesti dihalang.”

Satu perikatan wartawan menyerahka­n petisyen dengan lebih 15,000 tanda tangan kepada kerajaan semalam untuk menuntut penjelasan tentang penolakan visanya.

Pihak berkuasa Hong Kong menyatakan mereka tidak dapat mengulas mengenai kes Mallet.

Kementeria­n luar CHina berkata ia menyokong Hong Kong yang menangani perkara berkaitan menurut undang- undang dan memberi amaran kepada negara lain untuk tidak campur tangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LANTANG: Chris Yeung (tengah), pengerusi Persatuan Wartawan Hong Kong, berdiri bersebelah­an Presiden FCC Florence de Changy (tiga kanan) dan anggota perundanga­n Claudia Mo (dua kanan) ketika bercakap dengan wartawan di luar ibu pejabat kerajaan di Hong Kong, semalam sebelum menyerahka­n petisyen kepada kerajaan menyeru penjelasan mengenai penolakan visa bagi Mallet.
— Gambar AFP LANTANG: Chris Yeung (tengah), pengerusi Persatuan Wartawan Hong Kong, berdiri bersebelah­an Presiden FCC Florence de Changy (tiga kanan) dan anggota perundanga­n Claudia Mo (dua kanan) ketika bercakap dengan wartawan di luar ibu pejabat kerajaan di Hong Kong, semalam sebelum menyerahka­n petisyen kepada kerajaan menyeru penjelasan mengenai penolakan visa bagi Mallet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia