Utusan Borneo (Sarawak)

Sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam 10 pembunuhan

-

KOTA MEXICO: Sepasang suami isteri di Mexico yang ditangkap di luar Kota Mexico ketika mengangkut bahagian badan manusia dalam sebuah pedati bayi kini disyaki membunuh 10 wanita, kata pendakwa raya kelmarin.

Lelaki dan wanita terba- bit ditahan Khamis lepas di Ecatepec, bandar pinggir timur laut ibu negara yang penuh dengan jenayah, pendakwa raya di negeri Mexico menyebut dalam satu kenyataan.

Selepas memeriksa dua bangunan, penyiasat menjumpai bahagian mayat tam- bahan dalam baldi yang diisi dengan simen, dan dibungkus dalam plastik dalam sebuah peti sejuk, kenyataan itu menambah.

Hakim mengarahka­n pasangan itu untuk terus ditahan sementara siasatan dijalankan.

Pakar forensuik cuba mengecam identiti mangsa.

Ratusan orang meluahkan kemarahan mereka di jalan Ecatepec kelmarin.

Sambil membawa lilin dan bunga putih, mereka menuntut keadilan dan penamatan pembunuhan wanita yang berleluasa di negeri Mexico.

“Jangan lagi! Cukup sudah!” kata plakad mereka.

Mexico sudah bertahunta­hun mengalami keganasan ke atas wanita dan gadis. Lebih 90 peratus jenayah tidak dihukum di negara itu.

Menurut Wanita Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, tujuh wanita dan gadis dibunuh di Mexico setiap hari.

Organisasi bukan kerajaan tempatan Semaforo Delictivo merekodkan 188 pembunuhan wanita di negara itu antara Januari hingga Mac tahun ini, satu peningkata­n sebanyak 18 peratus ber- banding tempoh sama pada tahun lepas.

Pada masa lalu, Ciudad Juarez, di sempadan dengan Amerika Syarikat, menjadi tumpuan utama bagi pembunuhan dan kehilangan wanita, tetapi Ecatepec juga sudah menjadi pusat keganasan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia