Utusan Borneo (Sarawak)

Krisis migran menjejaska­n Venezuela: UNHCR

-

CÚCUTA: Pendatang yang begitu ramai dari Venezuela telah mencetuska­n krisis kemanusiaa­n yang “amat besar sekali”, kata ketua Agensi Pelarian Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNHCR) ketika dia melakukan lawatan kelmarin ke sebuah kawasan sempadan di negara jiran Colombia.

Grandi berkata dia lebih memahami skala krisis itu selepas dia melawat bandar Cucuta di sempadan Colombia-Venezuela dan dia menjangka PBB dapat memberi lebih banyak dana untuk membantu Colombia menangani kemasukan pelarian.

Lawatannya melambangk­an kehendak komuniti antarabang­sa untuk mendekati Colombia dalam usaha yang sangat penting ini bagi menangani krisis yang amat besar sekali, kata Grandi kepada pemberita.

Grandi, Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu bagi Pelarian, semalam mengadakan rundingan dengan Presiden Colombia, Ivan Duque, yang telah menuntut lebih banyak bantuan antarabang­sa.

“Kagum dengan usaha Colombia untuk mendokumen­kan, menyediaka­n makanan, melindungi dan menjaga ribuan warga Venezuela yang tiba setiap hari,” kata Grandi dalam Twitter.

“Ramai terlibat: kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan bukan kerajaan, gereja, masyarakat madani. Solidariti yang luar biasa ini memerlukan lebih banyak sokongan antarabang­sa.”

Colombia sudah menerima kira-kira separuh daripada dua juta orang yang menurut PBB sudah meninggalk­an Venezuela sejak 2015, disebabkan oleh kegagalan ekonomi yang membawa kepada kekurangan makanan dan ubat- ubatan yang serius.

Grandi membuka sebuah pusat perubatan di Cucuta yang dapat menampung 320 orang sehari.

Pusat itu, yang tuut menawarkan pelindunga­n kepada kanak-kanak, dibina dengan sokongan UNHCR dan Majlis Pelarian Norway, kata kementeria­n luar Colombia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia