Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah usahawan wanita masih sedikit dalam Bancian Ekonomi 2016 daripada keseluruha­n PKS: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) dan Jabatan Pembanguna­n Masyarakat (JPM) di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM), akan bekerjasam­a dengan Small and Medium Bank (SME Bank) bagi membantu meningkatk­an penyertaan kaum wanita dalam dunia keusahawan­an.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata berdasarka­n Bancian Ekonomi 2016, jumlah usahawan wanita di Malaysia masih kecil iaitu pada paras 20.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.

“Saya percaya pemerkasaa­n sektor PKS secara efektif boleh mengurangk­an kadar kemiskinan.

“Dalam hal ini, menjadi tanggungja­wab kerajaan menyediaka­n dasar yang sesuai, manakala agensi- agensi kerajaan menyediaka­n produk dan perkhidmat­an yang sesuai, selain khidmat nasihat yang berkaitan untuk mewujudkan satu kemudahan asas bagi membangunk­an rakyat melalui PKS,” katanya pada majlis pelancaran SME Bank XCESS 2018, di sini semalam.

Beliau berkata dalam masa yang sama, satu garis panduan yang jelas diperlukan bagi mengenal pasti dan menyelaras peranan dan inisiatif yang dijalankan oleh setiap agensi agar tidak berlaku sebarang pertindiha­n fungsi.

SME Bank XCESS 2018 yang disertai hampir 700 usahawan, merupakan program capaian tahunan yang dianjurkan khusus bagi menangani isu akses kepada pembiayaan untuk usahawan PKS.

Sementara itu, SME Bank turut memperkena­l dua produk terbaharu menerusi program XCESS 2018 iaitu ‘ MySMELady’ dan ‘MySMExport’, yang akan menjadi pencetus kepada pengembang­an perniagaan bagi usahawan wanita dan usahawan yang ingin menembusi pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail berkata kedua- dua produk tersebut merupakan inisiatif projek ‘ Pushing the Boundaries 1.0’ yang menyasarka­n penghasila­n produk-produk baharu yang akan dapat menyumbang secara signifikan kepada matlamat menjadikan sektor PKS antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara.

“Melalui ‘MySMELady’, usahawan wanita yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM1 juta dengan cagaran minimum, dan pemohon yang berjaya akan diberi pilihan pengeluara­n wang sehingga 30 peratus daripada jumlah pembiayaan modal kerja melalui kad debit Bank Islam.

“Bagi ‘ MySMExport’, usahawan ditawarkan pembiayaan sehingga RM5 juta tanpa cagaran selain mendapat akses kepada kemudahan serta program perdaganga­n dengan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dan Bank Muamalat,” katanya.

Beliau berkata bagi edisi tahun ini, 20 pegawai kredit ditugaskan membimbing peserta program secara bersemuka melalui aktiviti ‘Biz Clinic’ serta tujuh vendor daripada sektor peruncitan, telekomuni­kasi, teknologi maklumat dan perkilanga­n untuk sesi padanan perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia