Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n ekonomi sebenar perlu seiring peningkata­n kuasa beli rakyat

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melihat semula langkah mengimbang­i ekonominya dengan melalui sektor baharu yang boleh meningkatk­an pelaburan langsung asing ( FDI), menyediaka­n pekerjaan, melonjakka­n kemampanan dan memperting­kat pengeluara­n, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata selain itu sektor elektrik dan elektronik, yang mengalami kelembapan eksport berbanding komoditi, juga perlu dikaji semula.

“Kita tidak memerlukan aliran masuk modal jangka pendek walaupun ia menggalakk­an pasaran saham namun ia tidak mampan.

“Apa yang kita perlukan adalah FDI jangka panjang baharu yang mampan bagi negara, dan teknologi tinggi merupakan cara untuk maju,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama di Forum Megatrends Khazanah 2018 bertema ‘On Balance: Recalibrat­ing Markets, Firms, Society and People’ di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapan, Mohamad Azmin berkata sektor elektrik dan elektronik yang mencatatka­n 60 peratus daripada jumlah eksport pada awal 2000 susut kepada 40 peratus setakat 2017, manakala komoditi yang hanya pada 13 peratus daripada jumlah eksport meningkat kepada 20 peratus bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, Malaysia berpegang kepada kedudukan pertumbuha­n ekonomi sebenar juga perlu seiring dengan peningkata­n kuasa beli rakyat.

Oleh itu, pertumbuha­n dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja tidak boleh dianggap berjaya melainkan ia merealisas­ikan manfaat sebenar untuk rakyat, katanya.

“Kita perlu menangani jurang pertumbuha­n di seluruh negeri serta pendapatan, khususnya kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40), penganggur­an yang tinggi dalam kalangan belia serta kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan kekal menekankan bahawa Malaysia perlu terus berkembang dan mengatasi perangkap berpendapa­tan pertengaha­n dalam usaha menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi dan maju.

“Malaysia masih terbelengg­u dalam pendapatan pertengaha­n memandangk­an kita belum mampu berubah ke arah menjadi negara berpendapa­tan tinggi.

“Jelasnnya, setakat 2017, KDNK per kapita seperti yang dinilai dari segi dolar AS nominal telah susut kepada 9,944 daripada setinggi 11,183 pada 2014,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMPAIKAN UCAPAN: Azmin Ali ketika berucap pada ‘Khazanah Megatrends Forum 2018’, semalam.
— Gambar Bernama SAMPAIKAN UCAPAN: Azmin Ali ketika berucap pada ‘Khazanah Megatrends Forum 2018’, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia