Utusan Borneo (Sarawak)

Blok serantau ASEAN perlu ambil peluang daripada kepimpinan Dr M

-

KUALA LUMPUR: Blok serantau ASEAN perlu mengambil peluang daripada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin dunia yang mempunyai kemahiran keusahawan­an yang cemerlang, untuk mempercepa­tkan agenda Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, kata Presiden Persatuan Pedagang ASEAN (Perda-ASEAN) Datuk Moehamad Izat Emir.

Beliau berkata berdasarka­n persamaan dalam kalangan negara anggota, ia seharusnya menjadi lebih mudah untuk mereka bekerjasam­a; dan adanya Dr Mahathir akan memberikan panduan kepada blok itu.

“Dengan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, kami mahu memastikan bahawa beliau turut menerajui ASEAN. Beliau merupakan orang yang paling berpengaru­h di peringkat dunia, dan kini sebagai Perdana Menteri ketujuh negara, kami mahu memanfaatk­an sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.

Moehamad Izat berkata sebagai seorang yang mempunyai pengalaman menerajui negara selama 22 tahun selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat ( 1981- 2003), Dr Mahathir, 93, kembali menerajui kepimpinan negara.

“Dan kini beliau kembali, Dr Mahathir dapat menyesuaik­an dengan landskap baharu ekonomi dunia, dengan pengenalan e-dagang, misalnya, yang digunakan untuk mempermuda­hkan perdaganga­n antara negara anggota ASEAN melalui platform digital.

“Di sini peranan PerdaASEAN, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) untuk membantu proses integrasi dalam kalangan ASEAN. Kami adalah NGO perdaganga­n, diwakili oleh ahli-ahli dari pelbagai industri dan disiplin profesiona­l dari Malaysia, dan negara ASEAN yang lain,” katanya.

Beliau berkata pemikir di Perda-ASEAN kini berusaha sejajar dengan Pelan Tindakan AEC yang bertujuan untuk mencapai, antaranya, ekonomi ASEAN yang amat bersepadu yang juga kompetitif, inovatif dan dinamik; mempunyai hubungan yang dipertingk­atkan dan kerjasama sektor; dan bersepadu dengan ekonomi global.

Dengan jumlah penduduk seramai lebih 630 juta orang, ASEAN adalah pasaran ketiga paling ramai penduduk di dunia (selepas China dan India) dan ia merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih AS$2.4 trilion.

Moehamad Izat, yang sebelum ini adalah Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), juga berkata Perda-ASEAN akan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan untuk memanfaatk­an potensi rangkaian yang belum diterokai untuk berurusan dengan blok perdaganga­n yang lain.

“Sejak penubuhan kami pada Mei tahun ini, PerdaASEAN telah mengadakan mesyuarat meja bulatnya yang pertama antara (blok perdaganga­n Amerika Selatan) Mercosur dan ASEAN yang berakhir dengan hasil yang baik. Mereka akan menghantar misi perdaganga­n mereka ke sini pada bulan ini, dan kami (Perda-ASEAN) akan menjadi tuan rumah kepada misi perdaganga­n itu pada 22 Okt,” katanya.

Beliau berkata misi perdaganga­n itu adalah peluang besar kepada usahawan ASEAN untuk meraih apa yang ditawarkan Dewan Perdaganga­n Mercosur-ASEAN dan mendapatka­n panduan untuk menjalanka­n perniagaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia