Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat Malaysia wajar ambil peluang melabur di Oman: Duta

-

MUSCAT ( Oman): Syarikat Malaysia perlu memanfaatk­an peluang atas hubungan baik dan dasar terbuka kerajaan Oman dalam menerima pelaburan asing khususnya dengan pembukaan Zon Dagangan Bebas di Duqm.

Duta Besar Malaysia di Oman, Shahril Affendi Abd Ghany berkata sejak dua tahun lepas kerajaan Oman giat menarik pelaburan dalam industri berteknolo­gi tinggi khususnya bagi petrokimia, hidrokarbo­n serta minyak dan gas.

Beliau berkata, sehingga kini, hanya syarikat dari China telah melabur AS$10 bilion di bandar pelaburan bebas Duqm itu.

“Kerajaan Oman menyasarka­n untuk menarik pelaburan dari United Kingdom, Amerika Syarikat selain negara Islam yang berpotensi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Muscat di sini, malam kelmarin.

Beliau berada di lapangan terbang itu bagi menghadap Raja Muda Perlis Tu- anku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dalam rangka lawatan kerja di negara ini.

Berangkat sama anakanda sulung baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullai­l.

Shahril Affendi berkata, berdasarka­n perancanga­n, beliau yakin kerajaan Oman mampu menjadikan Duqm sebagai zon ekonomi terkemuka di Asia Barat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Beliau berkata, sejak diperintah Sultan Qaboos pada 1970, baginda membuka pintu kepada dunia luar dan mengambil pendekatan progresif untuk menjadikan Oman sebuah negara maju.

Perancanga­n yang dibuat adalah untuk menarik pelaburan luar khususnya dengan membuka zon pelaburan di Duqm yang mana pelaburan itu dimiliki 100 peratus tanpa perlu melibatkan pelabur tempatan.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata hubungan baik Malaysia- Oman terbukti apabila lebih 100 orang rak- yat Malaysia diterima bekerja dengan syarikat penerbanga­n Oman.

“Mereka terdiri daripada juruterban­g dan krew kabin yang mendapat bayaran lumayan dan ini tidak termasuk dalam sektor minyak dan gas serta bidang separa profesiona­l lain,” tambahnya.

Pada masa sama beliau berkata seramai 900 orang rakyat Oman menyambung pengajian khususnya di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di Malaysia.

“Pelajar Oman memilih Malaysia kerana mempunyai banyak kelebihan seperti pengunaan bahasa Inggeris, kos pengajian dan sara hidup yang rendah serta kursus di universiti di Malaysia diiktiraf.

“Di samping itu kira-kira 30,000 rakyat Oman bercuti di Malaysia setiap tahun.

“Jumlah ini walaupun tidak besar namun perbelanja­an mereka agak tinggi kerana mereka biasanya tinggal selama sebulan di Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia