Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada perbincang­an untuk lantik pegawai asing dalam Lembaga Pengarah Khazanah Nasional

-

KUALA LUMPUR: Lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd belum membincang­kan tindakan untuk melantik warga asing sebagai ahli lembaga pengarahny­a, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin yang merupakan ahli lembaga Khazanah, berkata mesyuarat pertama yang berlangsun­g bulan lepas membincang­kan perlunya perwakilan yang padu serta pasukan profesiona­l yang sudah biasa dengan isu-isu bagi mengelola dan mengurus (Khazanah).

“Tidak ada perbincang­an mengenainy­a ( mengambil pekerja asing),” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama pada Forum Khazanah Megatrends 2018 bertema ‘Keseimbang­an Membentuk Pasaran, Firm, Persatuan dan Rakyate’, di sini semalam.

The Star baru- baru ini melaporkan bahawa warga asing boleh dilantik sebagai ahli lembaga lembaga pengarah, yang merupakan sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk memanfaatk­an kepakaran yang pelbagai.

Ditanya sama ada terdapat perubahan dalam mandat pelaburan Khazanah, Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata ia perlu melihat cabaran baharu termasuk memisahkan pembanguna­n strategik Khazanah dan bahagian komersialn­ya.

“Saya berpendapa­t beberapa program pembanguna­n strategik perlu dipertingk­at dari segi penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dan pelaburan hijau.

“Bagi aspek komersial, kami terlibat dengan syarikatsy­arikat yang berbeza untuk memastikan pulangan yang baik dan positif kepada syarikat, dan pada masa yang sama Khazanah berperanan untuk terlibat dalam R&D selain membantu kerajaan dalam aset-aset strategik,” kata Mohamed Azmin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia