Utusan Borneo (Sarawak)

Atas wawasannya menubuhkan institusi yang membentuk tunggak ekonomi Malaysia moden: Gabenor BNM

-

KUALA LUMPUR: Gabenor pertama Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Ismail Ali, merupakan tokoh pembanguna­n negara serta sektor ekonomi dan kewangan, atas wawasannya menubuhkan institusi yang membentuk tunggak ekonomi Malaysia moden.

“Ada yang mengenangn­ya atas sumbangan beliau kepada negara dan sistem kewangan. Ada yang mengingati beliau sebagai keluarga, atau kawan yang baik. Tidak semua orang mempunyai keistimewa­an untuk menemuinya, namun semua mengingati­nya sebagai tokoh yang berintegri­ti,” kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Penekanan Ismail yang tidak berubah terhadap integriti sebagai kompas moral bank, dan kecekapan beliau adalah berasaskan rasa tanggungja­wab atau amanah, katanya.

“Asas untuk membina dan mengekalka­n kepercayaa­n ini terletak kepada setiap kakitangan yang perlu melaksanak­annya secara positif untuk membentuk reputasi bank di mata masyarakat, dan dalam hubungan ini, Ismail m e r u p a k a n c o n t o h kepimpinan terbaik,” katanya.

Nor Shamsiah berucap pada majlis peringatan ulang tahun ke-100 Tun Ismail Ali dan pelancaran buku bertajuk ‘Tun Ismail Ali - Paragon of Trust and Integrity’, yang diterbitka­n oleh BNM, di sini.

Tun Ismail mengetuai BNM dari 1962-1980, menjadikan beliau gabenor paling lama berkhidmat.

Buku itu dilancarka­n semalam oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di hadapan adikberadi­k Ismail, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Mohamed Hashim dan Datuk Dr Zainal Abidin, anak lelaki Ismail, Ahmad Kamal, serta mereka yang bekerja bersama-sama dengannya.

“Kami dapati gambar beliau jarang menjadi tumpuan. Kebanyakan­nya, beliau berada di sebelah kanan pemimpin. Saya percaya ini menunjukka­n pemahaman mendalam beliau sebagai gabenor bank,” kata Nor Shamsiah.

Beliau berkata pada 1978, Ismail memberitah­u sekumpulan pegawai bank pusat bahawa bank negara perlu memperoleh hak untuk menasihati kerajaan dengan memenangi keyakinan dan rasa hormat masyarakat.

“B e l i a u b e r k a t a memperoleh hak sangat sukar, namun apabila ini dicapai, bank pusat akan mendapat jaminan yang paling kuat untuk kebebasan dan keberkesan­annya, jauh lebih kukuh daripada ekspresi formal pihak berkuasa perbankan pusat,” katanya.

Nor Shamsiah berharap visi, dedikasi, dan daya tahan Ismail akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang, dan menyiapkan mereka semasa melangkah memasuki ekosistem kewangan yang dinamik.

Buku itu tidak sahaja menerangka­n siapa dan apa yang dilakukan, malah apa yang beliau perjuangka­n dan visinya untuk negara, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LENGKAP: Petugas Bank Negara Malaysia Sheera Hussin memegang buku Gabenor Bank Negara Malaysia Pertama Tun Ismail Ali yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Sasana Kijang, semalam.
— Gambar Bernama LENGKAP: Petugas Bank Negara Malaysia Sheera Hussin memegang buku Gabenor Bank Negara Malaysia Pertama Tun Ismail Ali yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Sasana Kijang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Dr Mahathir (tengah) dan isteri Dr Siti Hasmah diberi penerangan oleh Nor Shamsiah tentang Buku Gabenor Bank Negara Malaysia Pertama Tun Ismail Ali pada majlis pelancaran buku itu di Sasana Kijang, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Dr Mahathir (tengah) dan isteri Dr Siti Hasmah diberi penerangan oleh Nor Shamsiah tentang Buku Gabenor Bank Negara Malaysia Pertama Tun Ismail Ali pada majlis pelancaran buku itu di Sasana Kijang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia