Utusan Borneo (Sarawak)

Mercedes-Benz Malaysia jangka catat satu lagi tahun raih jualan tertinggi

-

KUALA LUMPUR: Mercedes- Benz Malaysia Sdn Bhd berada di landasan untuk mengatasi jualan tertinggi pada tahun lepas sebanyak 12,045 kenderaan mewah, selepas menyerahka­n 10,143 kereta premium dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018.

Naib Presiden Bahagian Jualan dan Pemasarann­ya, Mark Raine berkata angka setakat tahun ini itu adalah kenaikan 16 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan bahagian pasaran 2.5 peratus -- peningkata­n 0.2 peratus tahun ke tahun.

Menurutnya, jualan Mercedes- Benz Malaysia akan diperkukuh­kan lagi dengan enam model premium baharu Mercedes-Benz yang dijadual dilancarka­n akhir tahun ini termasuk tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berprestas­i tinggi, satu kereta kompak, satu limosin dan satu Dream Car.

“Kami berada dilandasan mencatatka­n satu lagi rekod pada 2018 dan kami yakin dapat melepasi jualan tahun lepas dengan pelancaran model baharu,” katanya semasa taklimat media mengenai prestasi suku ketiga Mercedes-Benz Malaysia, di sini, semalam.

P a d a m a j l i s i t u , syarikat tersebut juga memperkena­lkan E53 Coupe (Dream Car Collection) serta E53 Limousine bagi pasaran Malaysia dan mengumumka­n satu model A-Class baharu akan diperkenal­kan pada 18 Okt.

“Kami gembira dapat membawakan pengalaman hidup yang berbeza kepada pelanggan kami dengan pelancaran Dream Cars Collection bagi 2018 dan pengenalan limousin serba baharu Mercedes-Benz SClass,” kata Raine.

Setakat ini bagi 2018, limousin syarikat itu yang dikeluarka­n di dalam negara, iaitu Mercedes- Benz C, E-, dan S- Class, secara terkumpuln­ya telah terjual sebanyak 6,344 unit.

Bagi kereta kompak premiumnya, yang terdiri daripada Mercedes-Benz AClass, B-Class, GLA-Class dan CLA-Class, MercedesBe­nz Malaysia mencatatka­n jualan sebanyak 1,268 unit.

“Dua segmen ini (kereta limousin dan kereta kompak) mencatatka­n kenaikan masing-masing sebanyak 21.1 peratus dan empat peratus berbanding suku ketiga tahun lepas,” katanya.

Model SUV premium oleh Mercedes-Benz kekal sebagai pemacu pertumbuha­n, mencatatka­n jualan sebanyak 1,960 unit yang membawa kepada kenaikan 3.4 peratus dalam suku ketiga 2017.

Raine berkata MercedesBe­nz Dream Cars Collection juga mencatatka­n pencapaian memberangs­angkan dengan 570 unit terjual, merupakan peningkata­n 40 peratus berbanding semasa suku ketiga 2017.

Syarikat i tu turut melancarka­n limosin baharu Mercedes- Benz S- Class bersama dengan S- Class cabriolet, S-Class Coupe dan Mercedes-Maybach S-Class, pada suku ketiga 2018.

Mercedes-Benz Malaysia, yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu, setakat ini telah melabur sebanyak RM1.8 bilion di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia