Utusan Borneo (Sarawak)

YDP MPK menerima pengiktira­fan berprestij antarabang­sa di Perancis

-

KLANG: Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandara­n Klang ( MPK) Datuk Mohamad Yasid Bidin menerima anugerah ‘ City Manager Of The Year’ dan ‘ Excellence In The City Management’ bersempena ‘ T h e I n t e r n a t i o n a l Festival Triumph and European Awards Night 2018’ yang berlangsun­g di Cannes, Perancis, Jumaat lepas.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK Norfiza Mahfiz berkata pencapaian itu amat berharga kerana buat julung kalinya YDP MPK menerima pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa sejak pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut ditubuhkan.

“Warga MPK sangat b e r b a n g g a d e n g a n pencapaian i ni dan menganggap ia merupakan hadiah bernilai buat MPK khususnya dan warga Klang amnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada i t u, Mohamad Yasid berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu menaikkan nama MPK sepanjang beliau bertugas di PBT tersebut.

Pencalonan Mohamad Yasid untuk menerima anugerah sebagai ‘ City Manager of The Year’ adalah hasil daripada penyelidik­an dan sumber maklumat yang diperoleh oleh pihak penganjur berdasarka­n kepada beberapa kriteria.

Antaranya, kajian sosiologi berdasarka­n statistik data kebangsaan dan antarabang­sa serta cadangan daripada pihak berkuasa antarabang­sa, badan bukan kerajaan, organisasi kebangsaan dan antarabang­sa serta persatuan.

Selain itu, dokumen dan analisis media serta hubungan sosial, berita serantau dan portal pelanconga­n.

Terdahulu pada tahun ini, MPK turut menerima beberapa anugerah di luar negara antaranya ‘ The Green Era’; ‘Internatio­nal Achievemen­t Award f o r Q u a l i t y a n d Business Excellence’; ‘Internatio­nal Convention on Quality Control Circle’; ‘ Green World Ambassador’; ‘ Green World Award’ dan ‘Green Apple Environmen­t Awards’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia