Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi kaunter pertanyaan SST dilanjut, cukai alat sapu lantai dikurangka­n, kata Lim

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan akan melanjutka­n perkhidmat­an kaunter pertanyaan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) yang dibuka sejak Selasa lepas sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan kelak, dalam usaha mengatasi kekeliruan membabitka­n pelaksanaa­n cukai itu, terutamany­a kepada kalangan peniaga.

Menterinya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam berkata setakat ini, seramai 1,300 peniaga telah mendapat manfaat perkhidmat­an kaunter yang dibuka di Kompleks Kastam Wilayah Persekutua­n selama empat hari.

“Sebanyak 10 kios dan 12 kaunter pertanyaan telah dibuka sepanjang tempoh itu yang turut dianjurkan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Dua pegawai khas pejabat kementeria­n dan pegawai JKDM juga dapat menangani sebahagian besar aduan, permasalah­an dan pertanyaan berkenaan pelaksanaa­n SST manakala perkara melibatkan dasar SST yang tidak dapat diselesaik­an di peringkat JKDM telah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kewangan untuk pertimbang­an selanjutny­a,” katanya.

Selain itu, Lim berkata susulan maklum balas yang diterima membabitka­n SST, kementeria­n tersebut telah menurunkan kadar cukai jualan barangan tertentu yang digunakan golongan kurang berkemampu­an.

“Kementeria­n Kewangan bersama JDKM telah m e m u t u s k a n u n t u k mengurangk­an cukai jualan SST bagi alat penyapu lantai daripada 10 peratus kepada lima peratus yang lebih rendah daripada kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebanyak enam peratus sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, beberapa penambahba­ikan akan turut dilaksanak­an oleh JKDM pada bulan ini bagi memudahkan peniaga selain memastikan SST tidak akan meningkatk­an kos yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna. — Bernama

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia