Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai perabot B & W adakan Promosi Tilam Lateks Sweetdream

-

SIBU: Kedai perabot B & W yang terletak di Tingkat 1, bersebelah­an dengan Farley Cafe kini mengadakan Promosi Tilam Lateks Jenama Sweetdream dan Jualan Penghabisa­n Stok hingga 14 Oktober ini.

Pengurus pamerannya, Ling Ah Siong berkata, tilam yang dilancarka­n baru-baru ini mempunyai promosi sebanyak 50 peratus daripada harga runcit biasa.

Bagi setiap pembelian, beliau berkata pembeli akan diberikan dua bantal percuma yang menggunaka­n teknologi British bernilai RM149 setiap satu.

“Tilam lateks Sweetdream mengikuti standard tilam Eropah yang menekankan kepada ergonomik manusia dengan menggunaka­n teknologi potongan dari Jerman.

“Tilam akan mengikut bentuk badan individu apabila anda baring di atasnya dan dengan itu memberi sokongan kepada gestur dan jajaran badan.

“Ciri ini boleh mengurangk­an tekanan badan, meningkatk­an peredaran darah dan menggalakk­an tidur yang berkualiti,” katanya.

Bagi Jualan Penghabisa­n Stok, Ling berkata item yang dipaparkan seperti kabinet televisyen yang rendah yang diperbuat daripada material melamin yang dijual di antara RM1,800 hingga RM2,000, akan dijual pada harga RM799.

Beliau berkata kabinet televisyen berdiri ( stand television cabinet) dijual pada harga RM2,990 daripada harga runcit biasa iaitu RM5,000 lebih.

“Kami juga mempunyai jualan penghabisa­n stok untuk sofa berbentuk L dengan harga bermula dari RM2,990,” katanya.

Menurut Ling, B & W telah ditubuhkan pada September 2017 dan khusus dalam menjual sofa dan fabrik sofa dengan standard Eropah.

B & W beroperasi dari jam 9 pagi hingga 7 malam, setiap hari Isnin hingga Sabtu.

 ??  ?? TERBAHARU: Tilam lateks jenama Sweatdream kini ada di kedai perabot B & W.
TERBAHARU: Tilam lateks jenama Sweatdream kini ada di kedai perabot B & W.
 ??  ?? MURAH: Set kabinet televisyen dengan potongan 50 peratus.
MURAH: Set kabinet televisyen dengan potongan 50 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia