Utusan Borneo (Sarawak)

Bagi menyelia dan menyelaras pembanguna­n perumahan mampu milik

-

KUALA LUMPUR: Lima entiti perumahan telah dikenal pasti untuk ditempatka­n di bawah Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyelia dan menyelaras pembanguna­n perumahan mampu milik di negara ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata entiti terbabit ialah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), UDA Holdings Berhad, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Rancangan untuk meletakkan agensi terbabit di bawah kementeria­n saya akan dimasukkan dalam Dasar Perumahan Negara yang dijangka dilancarka­n Disember ini.

“Ini akan membolehka­n pendekatan bersepadu selain mengelakka­n pertindiha­n projek perumahan mampu milik. Ia juga akan memas- tikan pendekatan bersesuaia­n untuk pemaju swasta menerusi garis panduan dan penglibata­n yang tepat berhubung perumahan mampu milik,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Zuraida ditemui selepas menyertai Dialog Terbuka Industri- Kerajaan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia.

Sementara itu, Zuraida berkata kerajaan negeri perlu menyerahka­n cadangan tanah mereka untuk projek perumahan kos rendah pada penghujung bulan ini.

“Kerajaan negeri mesti mengenal pasti tanah untuk kita membina rumah kos rendah menjelang akhir bulan ini. Setakat ini hanya Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak telah menyerahka­n cadangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata tanah yang dicadangka­n itu mesti berkeluasa­n satu hingga empat hektar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia