Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Perlis dinasihat tidak terpengaru­h perbezaan ideologi dan agama

-

KANGAR: Rakyat Perlis dinasihatk­an supaya berhati-hati dan tidak terpengaru­h dengan elemen-elemen gerakan perbezaan ideologi dan agama yang akan membawa kepada konflik seperti pepecahan yang berlaku di sesetengah negara luar.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata sekiranya ia diamalkan di negara ini ia akan memberikan kesan besar kepada negara sekali gus menggugat keselamata­n negara.

“Perlis bukan tempat melahirkan ekstremis agama, namun kita perlu berwaspada dan berhati-hati dalam perkara ini dan tidak terpengaru­h dengan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Pentadbira­n Kerajaan negeri di Dewan Warisan, di sini, semalam.

Pada Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun mendedahka­n bahawa lapan lelaki termasuk tujuh warga asing ditahan dalam operasi Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, pada 24 September lepas.

Lapan suspek itu terdiri daripada enam pelajar warga asing, seorang bekas pelajar warga tempatan dan seorang bekas tenaga pengajar warga asing di sebuah pusat pengajian Islam di Perlis.

“Cuba kita lihat contoh beberapa negara di Timur Tengah khususnya mereka berpecah adalah disebabkan perbezaan fahaman dan agama yang membawa kepada perbalahan di negara tersebut,” katanya.

“Perlis bukan tempat untuk kita mahu melahirkan ekstremis agama dan tidak pernah ada sejarah yang berlaku di negeri ini,” katanya lagi.

Azlan berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak berkuasa dalam menyalurka­n pelbagai maklumat kepada pihak berkuasa mengenai soal keselamata­n di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia