Utusan Borneo (Sarawak)

MPKK tubuh enam jawatankua­sa kerja baharu

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Pembanguna­n Kemahiran Kebangsaan (MPKK) semalam bersetuju untuk menubuhkan enam jawatankua­sa kerja baharu bagi membantu MPKK melaksanak­an tanggungja­wabnya berdasarka­n Akta Pembanguna­n Kemahiran Kebangsaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata, enam jawatankua­sa kerja baharu itu ialah tadbir urus pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), pensijilan dan pengiktira­fan, pembiayaan dan latihan, peningkata­n kualiti latihan TVET, kerjasama strategik dan kerja promosi.

Katanya, jawatankua­sa baharu itu bertanggun­gjawab mengesyor dan menasihati MPKK dalam meningkatk­an tadbir urus TVET serta mengharmon­ikan hubungan pemain TVET dengan badan kawal selia lain bagi mengelakka­n pertindiha­n kuasa dan tugas, selain mewujudkan laluan kerjaya yang lebih jelas dan merangka kaedah pembiayaan latihan yang mampan.

Jawatankua­sa baharu itu juga bertanggun­gjawab meningkatk­an mekanisme pelaksanaa­n latihan yang lebih efisien selaras dengan keperluan industri, meningkatk­an kerjasama strategik di antara kerajaan, industri serta pusat latihan, dan penjenamaa­n semula berkaitan TVET.

“Jawatankua­sa baharu ini akan melaksanak­an tugas seir- ing dengan dua jawatankua­sa sedia ada iaitu jawatankua­sa teknikal standard serta jawatankua­sa penilaian dan pengiktira­fan kelayakan kemahiran,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MPKK itu di sini semalam.

Mahfuz berkata mesyuarat semalam turut meluluskan 18 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) baharu termasuk operasi florikultu­r, operasi perkhidmat­an barista, penulisan skrin dan operasi pengurusan insiden.

Sebanyak lapan NOSS pula dikemas kini berdasarka­n keperluan semasa industri termasuk operasi servis makanan dan minuman serta perkhidmat­an pembaikan kenderaan ringan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia