Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan budaya kerja selamat mampu menjimatka­n pelbagai kos

-

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) amat menitikber­atkan budaya kerja selamat dan sihat semasa melaksanak­an tugas bagi mengelak berlakunya kemalangan di tempat kerja khususnya dalam kalangan warga kerja SESB dan kontraktor­nya.

Pengarah Urusan SESB Datuk Ir Abd Razak Salim berkata dengan mengamalka­n budaya kerja yang selamat ia secara tidak langsung mampu menjimatka­n pelbagai kos khususnya apabila berlakunya sebarang kemalangan.

Beliau berkata selain perlu menanggung kos penyiasata­n, rawatan, pampasan mahupun kerosakan jentera atau peralatan, kemalangan juga boleh memberi kesan negatif dari segi moral anggota keluarga yang terlibat sekiranya melibatkan kehilangan nyawa.

“Sebagai pekerja kebanyakan kita menghabisk­an banyak masa di tempat kerja yang terdedah kepada pelbagai punca bahaya. Tempat kerja yang kurang selamat boleh mengakibat­kan kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan.

“Kita mahu bukan sahaja selamat semasa menjalanka­n kerja- kerja di tapak atau di tempat kerja tetapi juga selamat semasa pergi dan balik dari tempat kerja dan juga dalam keadaan sihat,” katanya ketika merasmikan program ‘Minggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Ibu Pejabat SESB, di sini semalam.

Teks ucapan beliau di sampaikan oleh Pengurus Besar Kanan ( Pengurusan Aset SESB) Ir Mohd Yakob Jaafar.

Abd Razak berkata program berkenaan yang diadakan selama tiga hari bermula semalam adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja dan kontraktor SESB agar mematuhi amalan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan yang bertepatan dengan tema program iaitu ‘Nyawa Kita Hanya Satu’.

Katanya tugas untuk memastikan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan bukan hanya terletak di bahu anggota Jabatan Keselamata­n, Kesihatan dan Alam Sekitar tetapi ia menjadi tanggungja­wab semua yang berperanan mengurangk­an risiko kemalangan di tempat kerja.

“Hal ini kerana anggota kerja sendiri yang lebih arif tentang risiko suatu pekerjaan yang mereka lakukan seharihari tidak kira apa juga bidang teknikal atau pentadbira­n,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SOKONGAN PADU: Ewon (kanan) dan Dompok (dua kanan) beramah mesra dengan salah seorang pengusaha gerai jualan.
SOKONGAN PADU: Ewon (kanan) dan Dompok (dua kanan) beramah mesra dengan salah seorang pengusaha gerai jualan.
 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Shafie (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Shuryani Shuaib (kiri) menyaksika­n Nor Rizan menyempurn­akan acara memotong kek.
JASAMU DIKENANG: Shafie (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Shuryani Shuaib (kiri) menyaksika­n Nor Rizan menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia